Assalamualaikum!!!
Waaa lama betul nda menulis di sini. fuhhh fuhhhh~~umphh berhabuk sudah buku ni!
hehe sebelum aku mengarut dengan panjang berjela, moleklah sekiranya aku mulakan dengan mengucapkan..
Tahniah buat semua junior batch 06. Cam mana? tenang kan lepas dapat keputusan SPM? Tak ada lagi penantian yang panjang, tak ada lagi kerisauan yang meresahkan.
Apa pun keputusan yang adik-adik terima, be proud of it! Jangan pernah ungkapkan ayat, "Result aku ni tak sehebat yang lain, yang lain semua straight A. Aku?"
Tu adalah salah satu contoh ayat yang aku dengar. Hey listen here, pernah dengar tentang rezeki? Rezeki yang hakikatnya ramai beranggapan bahawa ianya datang dalam bentuk wang atau makanan semata-mata sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk.
Dalam konteks ini, ragu kah kita bahawa Allah memberikan rezeki yang berbeza-beza untuk semua hamba-Nya? Mungkin rezeki dia Allah bagi keputusan cemerlang, lulus itu ini dengan jayanya. Tapi jangan pernah lupa, bahawa setiap rezeki dan jalan cerita yang Allah tetapkan untuk kita semua adalah berbeza. Tak dapat straight A, bukan semestinya jalan pendidikan kau ternoktah begitu saja. Mungkin di masa hadapan kelak, Allah datangkan perkara yang kau sendiri tak pernah jangka! Haaa tu rezeki kau. Mempunyai kesempatan untuk menduduki SPM pun satu rezeki yang sangat bernilai tahu! Ramai lagi insan di luar sana yang langsung tidak diberikan peluang dalam pendidikan lantaran kesempitan wang dan sebagainya.
Ringkasnya di sini, jangan pernah berputus asa. Ramai jak yang tak dapat keputusan cemerlang tatkala berada di bangku sekolah tetapi lebih berjaya di dunia pekerjaan. Apa yang penting adalah usaha dan doa yang tak kenal erti lelah.
Amboii Syuhadah senangnya cakap! hehhe tahuuu aku tak berada di tempat kau. Tapi itulah ayat yang selalu diperdengarkan oleh mereka. Kau tahu? Hakikatnya semuanya benar. Dunia dewasa pada hari ini menunjukkan aku realiti kehidupan.
Next chapter aku akan sambung tentang IPG yaaa! Malas mau menulis sebenarnya tapi mana tau coretan ini mampu membantu kan? see ya!
YOU ARE READING
Nur's Journey 05
RandomMy journey after SPM. Cerita ni bukan tentang kisah cinta di bangku sekolah. Bukan kisah dua makhluk Allah yang saling membenci lalu jatuh cinta. Bukan juga kisah cinta ahli korporat berjaya yang menemukan pasangannya yang 'istimewa'. Pokoknya ini b...