Saya ada selitkan bebarapa tips yang anda boleh praktikkan dalam bab pada kali ini.
First of all, adab dan sopan santun. Pernah dengar orang kata berilmu belum tentu beradab?? Jadikan ayat tersebut sebagai satu pengajaran. Tunjukkan diri anda sebagai seorang bijak pandai yang sopan lagikan berpekerti mulia.
Bagaimana? Pakailah pakaian yang sopan dan sejuk mata memandang. Jangan terlalu terdedah dan menyakitkan mata dengan warna-warna seterang lampu ultraman yang kehabisan bateri. Sebaiknya pakailah pakaian yang bertemakan warna lembut barulah tenang dilihat. Bahkan, gaya yang dikenakan juga janganlah terlalu padat dengan pelbagai corak seperti kuda belang, cheetah, harimau belang dan pelbagai lagi corak yang lain. Ingat, anda datang untuk temuduga menjadi seorang guru bukan maskot haiwan. hhehhe.
Oh yaa untuk menyerlahkan lagi ciri-ciri seorang guru, pakailah nametag yaa. Bagi perempuan pula, pastikan pakai kasut bertutup dan bertumit sedikit. Tudung biarlah kemas dan tidak rumit. Bukan apa, kalau tudung berbelit sana sini mesti kurang selesa untuk bercakap bukan? Berpakaianlah secara sederhana.
Untuk lelaki pula, seperti biasa tali leher jangan dilupa begitu juga dengan kekemasan rambut. Potong rambut, jangan sembunyikan warna asli rambut dengan warna-warni kehidupan anda. Warna pink pulak tuu, matilah nakk.
Next!
Sebelum masuk ke dalam bilik temuduga, ketuk pintu dan minta izin terlebih dahulu sebelum duduk. Sama juga ketika keluar dari bilik, senyum dan tunduk sedikit tanda terima kasih. Budi bahasa kan budaya kita.
Bertuturlah dengan lembut dan sopan santun, jangan bercakap serupa menjerit. Penemuduga tu bukannya ada masalah pendengaran pun. Namun begitu, suara pula jangan terlalu rendah sehingga tidak jelas didengar yaa. Sekiranya tiba giliran anda untuk bercakap, pandang hadapan dan jawab dengan yakin. Jangan sampai rasa gementar mengaburi potensi anda. Ukirkan senyuman! Tunjukkan yang anda boleh menjadi seorang guru yang berketerampilan menarik bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Bahasakan diri dengan 'saya', manakala panggil yang lain dengan gelaran yang sesuai seperti cik, tuan dan puan. Mudah bukan?
Insya-Allah, andai peribadi yang anda tunjukkan sudah begitu mulia..mana mungkin mereka tidak jatuh cinta.
Semoga berjaya!!!
YOU ARE READING
Nur's Journey 05
RandomMy journey after SPM. Cerita ni bukan tentang kisah cinta di bangku sekolah. Bukan kisah dua makhluk Allah yang saling membenci lalu jatuh cinta. Bukan juga kisah cinta ahli korporat berjaya yang menemukan pasangannya yang 'istimewa'. Pokoknya ini b...