Selepas menduduki UKCG, proses yang seterusnya adalah temuduga dan ujian kecergasan fizikal. Kedua-duanya dijalankan serentak dalam hari yang sama which is mean kalau anda dapat temuduga pada waktu pagi, anda akan menduduki UKF pada sebelah petang dan sebaliknya.
Tapi sekarang isi yang kita akan kupaskan pada bab kali ini adalah berkenaan dengan temuduga. Temuduga semestinya melibatkan suatu komunikasi di antara dua pihak. Adakalanya kau boleh jadi pendengar ataupun penutur bergantung kepada konteks dan peranan semasa.
Tatkala IPG telahpun anda pilih sebagai proses pendidikan yang seterusnya, sudah tentu anda tahu tujuan sebenar institusi tersebut ditubuhkan bukan? Sekiranya minda anda masih lagi dibelenggu dengan kekeliruan yang membuntukan, sini aku jelaskan. IPG atau kepanjangannya Institut Perguruan adalah satu cabang pendidikan yang meletakkan profesion perguruan sebagai kerjaya utama. Hal ini bermaksud, tak ada kerjaya lain yang bakal anda ceburi melainkan sebagai seorang guru semata-mata. Lari lah sejauh mana dari kenyataan itu tapi hakikatnya anda tetap akan terlahir sebagai seorang guru. Dah nama pun IPG kan!!
Ehh tak, jangan risau saya tak marah pun heheheh. Okay sambung.
Dalam erti kata lain, sudah semestinya temuduga yang dijalankan adalah tak lain tak bukan berputar dan berlari pada tajuk yang sama, tak akan pernah berubah iaitu dunia perguruan. Bertitik tolak daripada itu, terapkan ciri-ciri seorang pendidik dalam diri anda sebelum menduduki temuduga.
Cakna akan setiap isu semasa khususnya isu pendidikan. Misalnya, berat beg budak sekolah yang membebankan lantaran dipenuhi dengan pelbagai buku teks, kesukaran silibus sekolah yang semakin meningkat, peningkatan kadar jenayah buli dan sebagainya.
Selain itu, kukuhkan ilmu pengetahuan tentang kos yang telah anda jadikan pilihan utama. Sekiranya temuduga bagi kos Bahasa Melayu, bacalah kembali sedikit sebanyak tentang morfologi, sintaksis dan sastera terutamanya sajak, pantun dan gurindam.
Kalau pengetahuan pun luas, barulah mereka yakin untuk luluskan anda kan. Kata orang alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Haaa jangan segan untuk ceritakan pencapaian dan pengalaman anda sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan khususnya melibatkan kos yang anda pilih.
Tamsilnya,
"Saya dulu pernah mengikuti pertandingan deklamasi sajak sehingga peringkat negeri. Saya telah memenangi tempat pertama daripada 1000 orang pelajar. Juri pun sampai pengsan tengok persembahan saya tau!"
Haaa macam tu. Tapi cakap tu biarlah benar dan disertakan dengan bukti yaaa. Jangan membongak jak kerja.
Next! Temuduga juga akan dirancakkan dengan sesi simulasi mengajar di mana kita akan berkelakuan seakan-akan seorang guru yang mengajar di depan puluhan pelajar di dalam kelas. Walaupun pada hakikatnya anda berada dalam satu bilik temuduga yang meresahkan. Yalah takkanlah dia perlu sediakan pelajar sekali untuk membolehkan simulasi mengajar dijalankan. Be confident! Jadi cikgu mesti yakin. Jangan tunjukkan yang kita malu dan gementar. Andai tak ada pelajar sekali pun, buat jak bilik tu macam kelas. Layan rakan sekumpulan temuduga tu macam pelajar. Tuuu apa yang aku buat untuk meriahkan suasana.
Akhir sekali, persiapkan diri dengan pelbagai kemungkinan yang ada. Adakalanya mereka akan bertanya mengapa anda ingin menjadi seorang guru. Selain itu, boleh dikatakan soalan yang paling sering dilontarkan adalah, "Sekiranya anda diletakkan di kawasan pedalaman, adakah anda masih akan menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan baik?."
Macam-macam soalan lagi lah yang mereka tanya. Adakalanya soalan yang mereka berikan adalah untuk menguji diri kita. Contohnya saya dulu pernah ditanya bagaimana sekiranya saya diberikan amanah sebagai cikgu mata pelajaran Matematik walaupun memohon kos Bahasa Melayu. Agaknya disebabkan gred Matematik saya yang teruk berbanding lainnya. urmm sakit juga jiwa gue dengan soalan tu sebenarnya, tapi takkanlah aku nak jawab;
"Memang taklah! Aku ni ndak suka Matematik tauu! Dia lah punca penderitaan aku dulu! Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah sebab dia! Aku meroyan sebab dia. Aku menjerit, terpekik terlolong tekanan setiap malam disebabkan dia! Tengok muka dia pun aku benci. BENCI!!"
Terbang fail di muka aku nanti..
But then the most important thing is,
Heads up and smile!! Kalau kita yakin, mereka pun akan yakin.
YOU ARE READING
Nur's Journey 05
RandomMy journey after SPM. Cerita ni bukan tentang kisah cinta di bangku sekolah. Bukan kisah dua makhluk Allah yang saling membenci lalu jatuh cinta. Bukan juga kisah cinta ahli korporat berjaya yang menemukan pasangannya yang 'istimewa'. Pokoknya ini b...