eps 34

325 23 3
                                    

Setelah 2 hari, Airil menyedarkan diri, dia bangun dengan kepala Shifa pada perutnya. Airil mengusap kepala Shifa, Airil menatap Shifa dengan mata yang penuh dengan shahdu.
Tidak lama kemudian Shifa bangun dan melihat Airil dengan senyuman.

Airil tanpa disedari dirinya sendiri, dia
membangunkan badannya untuk duduk. Setengah jalan dia ingin duduk, dia terus terperanjat dalam kesakitan dan memegang serta memulas dadanya belah jantungnya.

Shifa yang panik terus memahami keadaan yang Airil mengalami kekejangan pada otot dadanya. Yang tidak kira jika dibuat apa² Cardiac Arrest akan berlaku jua.

Betul tekaan Shifa, Airil mengalami cardiac arrest iaitu jantung terhenti. Shifa berteriak memanggil doktor² dan dia sendiri melakukan CPR

Shifa sedang melakukan CPR, "defibrillator!" Shifa terus melakukan CPR walaupun sudah 20 minit berlalu

Shifa, "change!"

Shifa terduduk kepenatan sambil seorang lagi doktor melakukan CPR kepada Airil. Selepas 20 minit lagi, doktor itu menyuruh change dan Shifa mengambil alih lagi.

Shifa yang sedang melakukan CPR berdoa di dalam hati kepada Allah agar hari itu bukanlah hari ajalnya Airil.

Selepas 30 minit Shifa melakukan CPR, terdengar monitor nadi Airil berbunyi menandakan nadi Airil berjalan lagi.

Shifa menarik nafasnya dan menghembus dengan kepenatan dan kelegaan. Orang² sekelilingnya juga lega melihat Airil dapat diselamatkan.

Namun tidak lama kemudian... Kadar oxygen Airil menurun dan monitor nadi tersebut berbunyi lagi Shifa yang kepenatan cuba untuk bangun dari kerusi dan memberi arahan kepada doktor,

"Oxygen, 2 L/min. Nasal prongs.... Oxygen 4 L/min..."

Doktor residen: oxygen tidak naik. Masih 55%

Setelah 10 minit, kadar oxygen Airil masih tidak naik², nadinya terhenti lagi. Jantungnya berhenti, Shifa bergegas naik ke katil dan membuat CPR lagi, lagi, lagi dan lagi namun setelah 40 minit Shifa melakukan CPR doktor di sampingnya berkata kepada Shifa yang kadar oxygen Airil sudah 0.

Shifa: apnea?

Doktor: ya.

Shifa: machanical ventilator.

Sebelum mechanical ventilator dipasang, ketua doktor di sana bersuara, "Shifa, clarify death."

Mata Shifa terbeliak besar,
"not yet professor."

Professor: "Shifa..."

Shifa masih melakukan CPR

Professor,
"then check the signs of living."

Shifa, "Change."

Shifa turun dati katil dan dan memeriksa nadi.

Professor: report it.

Shifa dengan suara yang tidak lantang dan tidak juga sayu bersuara

Tangan Shifa memegang lengan Airil, dia merasa yang tangan Airil itu sejuk kemudian tanpa dia sedari air matanya jatuh,
"tiada denyutan yang dirasai."

Kemudian dia beralih,
"Tiada bunyi jantung, pada ECG."

Semakin kencang pernafasan Shifa tetapi dia tetap cuba tenang,

"Tiada usaha pernafasan...yang diperhatikan."

Shifa beralih perlahan ke mata Airil, dan menyentuh lembut mukanya. Shifa menghembus nafasnya dengan berat, dia membuka kedua² mata Airil,

"...anak mata mengembang. Tidak reaktif pada cahaya.."

Shifa melutut ke lantai dalam keperitan hati yang mendalam, dia menangis tersedak-sedak. Doktor yang bertanggungjawab lalu melepaskan tangan dari membuat CPR lalu mengumumkan kepergian Airil.

"Muhammad Airil bin Abdullah. Disahkan meninggal dunia, oleh saya Doktor Rashid pada 5: 32 petang, 12 May 2030."

Luluhkan Dia (COMPLETED)Where stories live. Discover now