40

341 18 2
                                    

Tengku Akasyah pula singgah lagi ke hospital Shifa dengan niat untuk berjumpa Shifa. Setelah sampai, dia terus mencari Shifa dan bertanya dengan pekerja sekeliling tentang keberadaan Shifa.

Tengku Akasyah mula² bertanya kepada penjaga kaunter,
"Encik, encik ada nampak doktor Shifa tak?"

Penjaga kaunter balas, "ooh dia tu hah selalunya pagi² ni ada dekat wad 15 tingkat 3"

Tengku Akasyah: Ok! Terima kasih Encik!

Selepas ke tingkat 3, tengku Akasyah ke wad yang dikatakan penjaga kaunter tadi namun dia tidak nampak Shifa, dia lalu bertanya kepada jururawat lelaki di sekelilingnya,

"Encik, sorry eh tanya. Encik ada nampak doktor Shifa? Dekat mana eh?"

Jururawat: ada tadi, dia baru je keluar dari sini tadi.

Tengku Akasyah: aduh... Encik tau tak mana dia sekarang?

Jururawat: selalunya dia akan pergi tingkat 4 wad 19. Oh! In case kalau Encik tak jumpa dia lagi, dia memang akan pergi tingkat 5 dekat neurology department.

Tengku Akasyah: Wah... Dia memang selalu lari² macam tu eh?

Jururawat: hahahah biasalah memang dah kerja dia check pesakit. Dia pulak memang jenis yang suka memenatkan kaki. Sebab tu dia pilih kerja ni dia cakap.

Tengku Akasyah pun pergi ke tingkat 4 namun sejurus sampai, dia terus menekan semula butang lif ke tingkat 5 untuk ke neurology department sambil berbisik dalam hati,

"Baik aku ready awal kat tingkat 5 ni kang kalau dia tak muncul² lagi tak tau lah..."

Setelah 10 minit berdiri menunggu di hadapan neurology department, Tengku Akasyah pun sudah tidak tahan menunggu. Dia pun bertanya lagi ke doktor yang melimpasnya,

"Doktor, maaf kacau. Doktor ada nampak Shifa tak doktor?"

Doktor menjawab, "oooh Shifa, ada encik. Dekat kafeteria saya rasa."

Tengku Akashah dengan mukanya yang tergamam berkata terima kasih lalu turun lagi ke Ground floor untuk ke kafeteria, dia membisik kepada dirinya sendiri,

"Ok lah... Bagus juga lah... Dia ada dekat kafeteria, boleh aku join makan terus plus belanja. Yes... Itu baru cara ngorats... Kali ni mesti berjaya."

Setelah sampai ke kafeteria, Tengku Akasyah tercari² dengan Shifa.

"Mana...? Tak da pun aku nampak haish..."

Dia bertanya kepada pekerja kafeteria, "Cik, maaf tanya, tadi... Ada nampak doktor Shifa tak?"

Pekerja kafeteria: Ada ada. Dia baru pergi tadi.

Tengku Akasyah: Eh? Dia pergi mana pulak dah?

Pekerja: Selalunya lepas bawa tapau dia pergi breakfast kat taman hospital.

Tengku Akashah dengan matanya terkebil² berterima kasih lalu pergi ke taman dan mencari,

"Dah lah taman ni besar, nak cari pulak minah yang suka lari², hah tu lah kau Akasyah... Minat minah yang bukan² lagi kan dah kena. Hadap je lah..."

Selepas mencari keseluruhan taman, Akasyah tetap tidak jumpa Shifa. Dia pun bertanya dengan tukang kebun yang di Taman,

"Assalamualaikum pak cik. Pakcik saya nak tanya ni. Pakcik ada nampak doktor shifa tak pakcik?"

Pakcik itu menjawab, "ooh doktor shifa, takda dik, pakcik baru je sampai sini tadi."

Tengku Akasyah pun bertanya ke sekumpulan doktor lelaki yang sedang melepak di taman,
"Assalamualaikum, maaf tumpang tanya, tahu tak doktor Shifa dekat mana?"

Mereka balas, "oooh dia, dia kat dalam bilik bedah dah sekarang, tengah buat pembedahan."

Tengku Akasyah mengetap bibirnya dengan matanya tertutup sambil menarik nafas kemudian bertanya,
"Sam- sampai bila eh agak²nya?"

Seorang doktor menjawab, "dalam 6 jam macam tu habis kot."

Tengku Akasyah dengan matanya nya terbeliak, "6-  6 jam?!"

Sekumpulan doktor itu tergelak melihat muka terkejut Tengku Akasyah, "hahahah yee 6 jam. Tak lama pun 6 jam je."

Tengku Akasyah: hehe... A ah betul tak lama... 6 jam je. Terima kasih eh saya minta diri dulu..."

Tengku Akasyah pun pergi menuju ke keretanya, sejurus tangannya ingin membuka pintu keretanya, dia berfikir sendiri,

"Dia boleh kerja 6 jam asal aku tak boleh kan? Ok... Nasib ada bawa laptop. KITA KERJA! kerja habis habisan hari ni. Ko sabar Shifa. Aku tunggu."

Tengku Akasyah pun mengambil laptopnya lalu ke kafeteria untuk membuat kerjanya.









Luluhkan Dia (COMPLETED)Where stories live. Discover now