41

316 18 0
                                    

Orang sekeliling di kafeteria melihat Tengku Akasyah yang kelihatan segak berbaju hitam, semua mereka berbisik²;

"Uish, kau tengok tu!!! Tengok!!! Hensem nyaa... Tengok tangan dia sado wehhh"

"Mana ada sado, cuma sexy je..."

"Eh bukan dia ka yang ke hulu ke hilir tanya pasal prof. Shifa tadi?"

"Weh tengok dia angkat telefon weh... Encem nyee aku penat lah macam ni...."

"Berapa lama dia nak kat sini? Dari pulul 11 aku datang tadi ni pukul 3 dia ada lagi kat sini."

"Entah² dia tunggu doktor Shifa tah..."

"Nanti kita citer dengan doktor Shifa eh"

"Eh jangan, doktor Shifa dia dah tak fun macam dulu dah... Sejak husband dia meninggal. Sekarang ni dia macam- tak senang nak ketawa so tak best lah kalau kita citer ngan dia."

"Betul jugak, nanti dia buat layan tak layan je."
_______________________________

Setelah 5 jam berlalu, Tengku Akasyah pergi ke taman untuk mengambil udara;

Sambil Tengku Akasyah mengangkat kedua² tangannya ke atas,
"Uarghh.... Huh. Sakit punggung aku duduk lama sangat, sakit pinggang... Aku dah tua sangat dah ni."

Tidak lama kemudian, Shifa yang berada sedikit jauh dari Tengku Akasyah melihatnya,

Shifa dengan sebelah tangannya di poket gaun doktornya, sebelah lagi memegang teh panas memanggil nama Tengku Akasyah;

Shifa: Tengku Akasyah.

Tengku Akasyah yang hatinya sedang berbunga² melihat Shifa namun membuat reaksi santai di depan mata Shifa,

"Eh- Shifa... Assalamualaikum, awak dah habis kerja eh."

Shifa menjawab, "sepatutnya habis lah, tapi macam biasa lepas bedah, saya nak tunggu patient saya bangun dulu baru balik rumah."

Tengku Akasyah: oooh

Shifa tersengih dan tersenyum sinis,
"Awak. Awak dah glamour tau tak?"

Tengku Akasyah ketawa, "tu... Biasa."

Shifa ketawa sambil bercakap,
"Tak- bukan glamour tu tau awak. Tapi glamour lain. Glamour-" tidak sempat shifa menghabislan percakapannya dia sendiri sudah terbahak²

Tengku Akasyah mengikut Shifa gelak sekali, "apa... Glamour apa yang lain. Amende... Cuba cakap betul² sikit"

"Tak... Hahahahah. Awak- awak ni kan. Dah kenapa pusing satu hospital pi tanya saya kat mana. Kecoh lah awak... Tak rilek... HAHAHAH"

Tengku Akasyah membuat mengetal bibirnya dengan muka malunya,
"Oh- awak dah tau eh-"

Shifa yang masih tertawa, "kalau dah awak pusing satu hospital macam orang gila, macam mana saya nak tak tau... Saya boleh imagine tau awak.."

Tengku Akasyah: tak... Betul tak... Bukan apa yang awak fikirkan yeh  saya tak gila lagi.

Shifa: habis tu?

Tengku Akasyah: saya cuma nak cakap yang saya akan datang sini selalu. Untuk- tengok awak.

Shifa: hah. Tak kah gila namanya tu? Hahahhah Tengku... Tengku...

Tengku Akasyah: suka hati awak lah. Tapi kan, awak betul² dah okay ke selepas apa yang dah jadi... Time heal you?

Shifa tersenyum tipis,

"insyaallah ok. Tapi... Yang part time healed tu salah. Time don't heal. Masa takkan boleh menjadi ubat. Yang mengubati adalah pilihan² kecil yang saya buat setiap hari untuk hidup."

Tengku Akasyah, "apa yang awak dah pilih, untuk terus hidup?"

Shifa, "Saya pilih, Syurga."

Tengku Akasyah,

"Syurga awak, kalau tak cepat, lambat dia akan datang. Dunia ini dipenuhi dengan mimpi, tetapi ada satu mimpi yang tiada batas. Dan cara Tuhan memberikan awak mimpi itu memang sakit, namun setiap pemberian-Nya akan datang dengan pemberian yang lain. " فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا  ,   إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا " di dalam setiap kesusahan ada kesenangan, di dalam setiap kesusahan-"

Shifa merenung Tengku Akasyah dan menyambung secara spontan,

"-ada kesenangan."

Tengku Akasyah menghelai nafasnya dengan kuat, kemudian bercakap;

"Saya tak suka sorok² perasaan, jadi saya akan cakap terus terang. Saya suka awak. Entah kenapa. Tapi dari saat saya tengok tin sardin awak jatuh pastu saya tolong ambilkan, hati saya pun dah jatuh dah. Saya tak tahu kalau, saya akan berjaya ataupun tidak. Tetapi selagi saya belum kahwin, sebelum saya jatuh cinta dengan wanita lain, awak akan menetap dekat hati saya."

Shifa termenung mendengar perkataan *tin sardin* *tolong ambilkan*

Shifa tersentak kerana telah mengingat insiden 3 tahun yang lalu,

"AWAK! tu awak?! Mamat yang tolong ambik tin sardin saya tu?"

Tengku Akasyah mengangguk²

Shifa mengetap bibirnya dan mengangkat tanganya ke dahi,

"Jadi awaklah selama ni yang dah tengok imej saya hancurr"

Tengku Akasyah mengangguk lagi,
"Sangat betul."

Mereka berdua tertawa terbahak².

Luluhkan Dia (COMPLETED)Where stories live. Discover now