eps 22

384 15 0
                                    

Tengku Akashah masih ada di hospital tersebut dia sedang menuju ke lif untuk pulang tetapi dalam perjalanan dia terlihat Shifa sedang masuk ke bilik dari jauh. Entah kenapa, kaki dia secara tidak disedarinya telah berada di hadapan bilik di mana shifa sedang memantau pesakitnya.

Sedang Shifa mencangkung untuk duduk, ekor matanya terlihat Tengku Akashah dia pun senyum. Tetapi masih terlihat Tengku Akashah tercegat di hadapan pintu bilik itu, lalu dia pun pergi untuk bercakap dengan Tengku Akashah.

Shifa membuka pintu, "Tengku...? Ada apa boleh saya bantu?"

Tengku Akashah terkedu, "eh eh. Maaf. Saya.. ahh... Nak cari jalan. Mana lif eh?"

Shifa: hahahahah ingat apa tadi... Lif dekat belakang Tengku tu hah baru je Tengku limpas tadi pergi lurus je tengok kiri nampak dah lif.

Tengku Akashah: ooohh hahah ok. Terima kasih eh.

Tengku Akashah pusing berpatah balik namun belum lama kemudia dia pusing kembali ke arah Shifa sambil menggaru kepala lalu bercakap

"Shifa. Saya nak tanya bila awak ada masa keluar? Sebab saya ahh.. Saya nak jadi kawan awak. Awak sudi?"

Shifa menjawab dengan muka terkejut, "Tengku... Hahahah tak Tengku saya tak ada masa tengku Hahahah tiba² je Tengku ni. Berminat eh? Kat saya eh? Haaa... Thank you thank you. Tapi maaf Tengku saya memang tak berminat lagi nak berkenalan dengan sesiapa heheh. Kalau ada jodoh kita kahwin terus kalau tak da tak da lah tu."

Tengku terkejut. "Oh Shifa awak... Serious? Kalau macam tu hahah saya pergi dulu maaf mengganggu."

Tengku Akashah sampai kereta ayah dan ibunya dengan memberikan senyuman pahit.

Setelah sampai ke tempat penginapan mereka, Tengku Akashah meminta diri untuk memandu sendiri dengan alasan mahu makan di luar lalu di benarkan.

Tengku Akashah di dalam kereta bercakap dengan dirinya sendiri;

"Aku...? Kena reject? Aku kena reject ke tadi? Ya Allah 29 tahun aku hidup tak pernah aku kena reject. Ni... Ni kes lain ni.. malunya... Muka hensem macam ni pun dia reject... Entah² dia dengan si professor hensem tu couple kot. Sebab tu dia reject. Eh tak.. aku tanya professor tu tadi dia cakap tak pula... Ke dia memang kaki reject. Eh dah lah terima jelah hakikatnya kau memang for the first time in 29 years kena reject juga akhirnya...aduhh"





Luluhkan Dia (COMPLETED)Where stories live. Discover now