52

422 20 0
                                    

Hari² berjalan seperti biasa. 2 bulan telah berlalu, hari ini Shifa membawa ibu bapanya dan ibu bapa Airil ke Mekah.

Shifa berada di hadapan kaabah, dengan matanya mengalirkan air mata yang telah lama dia simpan,

"Bismillahirrohma nirrahim, allahumma sholli ala sayyidina Muhammad. Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau Pemegang dan Pemilik segala jiwa. Hatiku telah dan masih terikat kepada hambaMu Muhammad Airil yang Engkau telah mengambil kembali dia daripada hamba. Semakin hari semakin sempit dada hamba Ya Allah, sudah 3 tahun Ya Allah... Hamba memohon padamu Ya Allah... Berikanlah hamba kelapangan pada diriku tanpa hamba melupakan dia. Engkaulah Tuhan dan akulah hambaMu."

Tidak lama selepas itu hujan mulai turun Shifa dan keluarganya menangis gembira merasa tersebut. Tidak lama kemudian, Shifa dan keluarganya beredar dari perkarangan itu.

Sedang Shifa berjalan, dia melihat sosok lelaki sedikit jauh darinya berjubah hitam yang sepertinya dia kenal. Lelaki itu juga sedang melihatnya, Shifa terus berjalan kehadapan secara tidak langsung menghampiri lelaki itu, dalam keadaan berhujan. Mereka berdua berselisih mata sebelah sebelahan, ternyata lelaki itu adalah Tengku Akasyah. Mereka berdua tidak memandang ke belakang untuk melihat masing² lagi sekali namun jauh dalam hati, Shifa menimbulkan perasaan yang tidak pernah terdetik di dalam hatinya sebelum ini. Walaupun sewaktu bersama Airil.

Shifa berbisik di dalam hatinya,
"kali ini, perasaan ini dekat. Dan aku faham."

Luluhkan Dia (COMPLETED)Where stories live. Discover now