- 3 -

24 1 0
                                    

Pada pukul tepat 5 pagi, kesemua ahli team Alpha telah berkumpul.

"Assalamualaikum semua" ucap Darwish kepada anak anak buahnya

"Waalaikumussalam tuan"

"Semua dah sedia ? Breakfast dah ke belum ?" tanya Darwish

"Belum tuan" semua menjawab

"Pandai ea korang. Nah ambik roti dengan air tu. Makan dulu sebelum gerak. Saya kasi 5 minit untuk breakfast" kata Darwish sambil menghulurkan plastik yang dipenuhi dengan roti dan air

"Dah jom. Plastik roti dengan air letak dalam plastik tadi. Pastu buang dalam tong sampah. Zaid, saya kasi 10 saat untuk buang sampah tu dalam tong" kata Darwish

"Baik tuan" balas Leftenan Zaid sambil berlari bersama plastik sampah

"7"

"8"

"9"

"10"

"Dah tuan" kata Leftenan Zaid dalam keadaan tercungap cungap

"Dah jom. Sebelum tu, berkumpul dulu semua dalam bulatan" arah Darwish kepada anak anak buahnya

"Bismillahirahmanirahim" Darwish mengetuai bacaan doa

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkanlah urusan kami pada hari ini. Kami memohon perlindunganmu Ya Allah. Sesungguhnya kami hanyalah insan yang kerdil dan memohon pertolonganmu. Aamiin ya rabbal alamin"

"Aamiin"

"Dah jom semua" kata Darwish lalu menaiki kapal itu

"JOMM" mereka semua menaiki kapal itu bersama

"Komander, this is Alpha leader. Kami dah selamat naik ke atas kapal" kata Darwish melalui walkie talkie

"Ingat. Memerhati sahaja" arah Komander

"Roger that" balas Darwish

9 jam telah berlalu, masih tiada tindak tanduk yang mencurigakan.

"Lama lagi ke kita kena berjaga macam ni ?" tanya Zakwan

"Entah la bro. Aku dah rindu bini aku ni" balas Leftenan Zaid

"Ah kau. Orang dah kahwin tolong diam. Macam kau sorang ada bini" Zakwan menjeling

"Hahahah. Amir tak rindu bini ke" tanya Leftenan Zaid

"Mesti lah rindu, tuan. Tapi dia yang tak rindu saya hahahah" balas Leftenan Madya Amir

"Bini korang sihat ?" tanya Darwish

"Sihat je tuan. Makin garang pun ada tuan hahah" balas Leftenan Zaid dan Leftenan Madya Amir

"Jap. Ilham mana ?" tanya Zakwan

"Tu. Tenung air laut. Healing kot" balas Leftenan Zaid sambil tunjuk ke arah Leftenan Muda Ilham

"Ilham. Mari la sini. Pergi tenung laut tu buat apa. Bukan ada awek keluar pun" ajak Darwish

"Saya tengok ikan, tuan hahahah" kata Leftenan Muda Ilham sambil berjalan menghala ke arah Darwish

"Tengok ikan ke tenung nasib hahah" ejek Zakwan

"Aduh tuan. Jangan camtu hahah. Awek saya curang tuan. Saya baru je putus dengan dia 2 hari lepas" Leftenan Muda Ilham bercerita

"Fuh sakit. Lagi dah nak mission kan" balas Zakwan

"Biasa la Ilham. Perempuan nak yang kaya hensem je. Mana faham kerja kita ni. Nak yang bawa BMW, Mercedes je. Yang Proton, Produa mana la dia nak" kata Darwish

"Eleh kau. Cakap lebih. Kau bawa Audi, takde pun yang nak kat kau" Zakwan menjeling

"Kau diam eh" kata Darwish sambil menghalakan muncung M16 kearah Zakwan

"Wow wow alamak wow. Aku tumbuk kau kang" balas Zakwan sambil mengangkat tangan

Leftenan Zaid, Leftenan Madya Amir dan Leftenan Muda Ilham hanya gelak memandang karenah kedua dua pegawai itu.

Malam sudah pun menjelang. Keadaan masih sama.

"Alpha leader. Do you copy" Komander bercakap melalui walkie talkie

"This is Alpha leader" balas Darwish

"Dua bot lanun sedang mendekati. Bersedia sekarang" arah Komander

"Copy that" kata Darwish

"Cepat semua. Bersedia. Kita kasi ajar sikit" arah Darwish kepada anak anak buahnya

"Baik tuan" semua menjawab

"Kita berpecah kepada 2 kumpulan. Am dengan Zero follow Eagle. Zack follow saya" Darwish mengarahkan anak anak buahnya

"Baik tuan"

Am ialah kod nama bagi Leftenan Madya Amir dan Zero merupakan kod nama bagi Leftenan Muda Ilham. Manakala Zack pula kod nama bagi Leftenan Zaid. Mereka semua bergerak dalam kumpulan masing masing. Stereng kapal itu sudahpun dikunci atas arahan dari Laksamana.

"Left clear" Leftenan Zaid berkata

"Right clear" Darwish berkata

Beberapa das tembakan kedengaran.

"Clear" Zakwan berkata melalui walkie talkie

Darwish menyepak sebuah pintu lalu menerjah bilik itu.

"Drop your weapon ! Drop your weapon ! Knee down !" Leftenan Zaid mengarahkan penjahat itu sambil menolak badannya ke atas lantai

"Room clear" Darwish berkata melalui walkie talkie

"Don't shoot. I have a hostage. Don't shoot" kata penjahat itu sambil mencekik tebusannya dan menghalakan hujung pistol ke arah kepala

"Okay okay" Zakwan berkata dengan tenang

"Put your weapon down" kata penjahat itu lagi

"Okay. You win. Please release him now" balas Zakwan sambil memerhatikan Darwish yang berada di belakang penjahat itu

Darwish menembak kaki lelaki itu lalu menyepak belakang lututnya. Lelaki itu jatuh dalam kesakitan.

"Mission accomplished" kata Darwish melalui walkie talkie

"Mission accomplished. Good job everyone" Komander bercakap melalui walkie talkie

"Zaid. Letak dia kat bawah" arah Darwish

"Baik tuan" kata Leftenan Zaid sambil menarik lelaki itu

"Padu la mission kalini. Fuh mantap warm up" kata Zakwan

"Jom balik" kata Darwish sambil memberikan senyuman kepada anak anak buahnya

"Jom !!" mereka semua menjerit gembira

Misi mereka sudahpun selesai. Kini tiba masa untuk mereka pulang kerumah. Mereka diberikan cuti selama 3 minggu untuk meluangkan lebih banyak masa sebelum menyertai misi yang seterusnya. Darwish mengambil keputusan untuk balik ke rumah Puan Aida. Zakwan juga mengikuti Darwish memandangkan tiada siapa pulang ke rumah ibubapa nya.

Ibubapa Zakwan telah meninggal dunia semasa Zakwan masih sekolah menengah dan Zakwan sering mengikut Darwish pulang ke rumah ibubapa nya. Puan Aida dan Encik Haikal juga telah menganggap Zakwan seperti anak sendiri. Darwish dan Zakwan juga sudah lama berkawan sejak tadika. Orang juga sering berkata bahawa muka Darwish dan Zakwan hampir sama seperti pasangan kembar.

The Last Command [ hiatus ]Where stories live. Discover now