- 6 -

37 2 0
                                    

Pada pukul 8:30, Darwish dan Zakwan sudahpun berada di pejabatnya untuk menunggu kumpulan fotografi sampai di kem.

Beberapa minit kemudian, Darwish dan Zakwan menunggu kumpulan itu di tempat letak kenderaan. Kumpulan fotografi itu sampai beberapa minit selepas Darwish dan Zakwan sampai di kawasan tempat letak kenderaan.

"Assalamualaikum" ucap Darwish kepada kumpulan fotografi itu

"Waalaikumussalam" balas seorang lelaki dari kumpulan tersebut

"Ni yang team photographer tu kan ?" tanya Darwish untuk mendapatkan kepastian

"Haah" balas lelaki itu sambil mengangguk

"Baiklah. Saya, Leftenan Komander Muhammad Darwish Mikhael selaku ketua tour guide kamu semua hari ini" Darwish memperkenalkan diri

"Dan saya, Leftenan Muhammad Zakwan Zariff" sambung Zakwan dengan nada yang tenang sambil memerhatikan gerak geri ahli kumpulan lain yang sedang memasang tripod kamera

"So kalau ada apa apa, nak tanya atau ada maklumat yang tak lengkap, boleh tanya salah seorang dari kami" kata Darwish sambil memberi senyuman nipis

"Baik tuan. Kitaorang kena perkenalkan diri ke ?" tanya lelaki itu

"Kalau nak perkenalkan, silakan. Kami tak paksa kalau taknak" balas Zakwan

"Perkenalkan je la ye. Alang alang. Saya Eiman, leader group. Yang tengah pasang tripod tu Hazeem. Yang pegang kamera tu Aayan. Yang lagi dua orang perempuan tu, yang pakai cermin mata tu Sara. Yang lagi sorang Sophea" jelas Eiman dengan panjang lebar

Darwish dan Zakwan hanya mengangguk tanda memahami penjelasan lelaki itu.

"Semua dah ready ?" tanya Eiman kepada anak anak buahnya lalu mereka mengangguk

"Okay kalau semua dah sedia. Shall we ?" tanya Darwish sambil memberikan senyuman

"Erm tuan. Kalau sebelum kita start, kita makan dulu boleh tak ? Saya tak breakfast lagi tuan hehehe" tanya Aayan sambil menahan malu

"Makan ? Boleh boleh. Kenapa tak cakap awal awal. Jom kita pergi cafeteria dulu. Perut kenyang baru la syok nak buat kerja kan hahaha" balas Darwish sambil ketawa

Mereka semua berjalan menuju ke arah cafeteria. Kumpulan fotografi itu membeli nasi lemak untuk dijadikan breakfast.

"Kamu semua makan dulu ya. Kami ada kerja kejap. Nanti kami datang" kata Darwish lalu melangkah keluar bersama Zakwan

Ahli kumpulan fotografi itu hanya mengangguk dan menyambung menikmati nasi lemak yang dibeli.

"Weh kau perasan tak apa yang aku perasan ?" tanya Darwish kepada Zakwan dari luar cafeteria

"Rasanya aku perasan. Sophea kan ?" balas Zakwan

"Ye. Agak agak dia cam tak aku ?" tanya Darwish sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal

"Entah wei. Aku rasa dia tak perasan kot" balas Zakwan sambil membalas tabik hormat kepada pegawai yang lalu lalang di situ

Darwish menarik nafas untuk mengawal riak mukanya yang merah. Sekali pandang sahaja, memang sudah nampak kemerahan di muka Darwish memandangkan dia memiliki kulit yang putih.

Setelah beberapa kali mempersoalkan kehadiran Sophea itu, Darwish dan Zakwan akhirnya melangkah masuk ke dalam cafeteria.

"Semua dah siap ke ?" tanya Zakwan

"Oh ha. Siap dah tuan. Tuan Darwish kat belakang tu kenapa mukanya merah ?" tanya Hazeem sambil melihat Darwish yang sedang mengipas mukanya menggunakan tangan

The Last Command [ hiatus ]Where stories live. Discover now