- 8 -

28 2 0
                                    

Hampir dua hari Sophea tidak bercakap dengan Sara akibat merajuk dengan sahabatnya itu.

"Weh. Dah nak dekat dua hari kau tak cakap dengan aku. Jangan lah macam ni" pujuk Sara

"Jangan cakap dengan aku" marah Sophea sambil makan keropok

"Ala weii. Jangan lah merajuk. Aku bagitahu Darwish nanti ha. Biar dia yang pujuk kau" kata Sara sambil mencuit bahu Sophea

Sophea hanya menjeling lalu menyambung makan keropok nya. Sara hanya pasrah lalu pergi ke dapur untuk memasak ramen sebagai umpan untuk memujuk sahabatnya.

"Emmm sedapnya" kata Sara sambil meletakkan pinggan di atas meja

Sophea memerhati dan bau ramen itu menarik perhatiannya.

"NAK SIKIT !" jerit Sophea sambil meletakkan plastik keropok di atas sofa

"Tak boleh. Kau kan merajuk dengan aku. Jangan lah cakap dengan aku" Sara menjeling lalu ketawa sedikit

"Ish. Ye lah ye lah. Aku tak merajuk dah" balas Sophea lalu menarik kerusi untuk duduk

"Cis. Nampak ramen baru taknak merajuk. Cuba kalau aku tak buat ramen. Sampai kesudah merajuk. Ambil lah. Aku memang buat untuk kau" bebel Sara sambil memberikan pinggan ramen itu kepada Sophea manakala Sophea tersenyum lebar melihat ramen itu

"Aku kejap lagi nak pergi dating dengan Zakwan. Kau duduk rumah ya. Oh lagi satu, aku bagi nombor kau dekat Darwish" kata Sara sambil mencari tudung yang akan dipakai semasa keluar bersama Zakwan nanti

"Uhuk uhuk. APA ?! KAU BAGI NOMBOR AKU DEKAT DARWISH ?!" jerit Sophea sambil bergegas menuang air ke dalam cawan kerana tersedak

"Haah. Kalau aku tak bagi, aku tak boleh keluar dengan Zakwan. Dia ugut aku guna boyfriend aku" bebel Sara

"Kalau Darwish mesej aku, memang kena kau" marah Sophea lalu minum air kerana perit di tekak masih belum hilang

"Mesej je kan ? Nanti aku suruh Darwish call kau. Lagi mudah hahahah" Sara bergurau sambil memakai tudung shawl berwarna coklat

"Stres nya aku dengan kau ni" kata Sophea sambil tersenyum pasrah

"Jangan stres stres. Mana tahu Darwish jodoh kau ? Haaa" balas Sara sambil memberi senyuman jahat

Sophea hanya menjeling dan sambung makan ramen sambil menonton drama.

"Aku pergi dulu. Bye. Apa apa call tau" pesan Sara lalu keluar rumah dan menutup pintu

Beberapa minit kemudian, pintu rumah diketuk dan menyebabkan Sophea terkejut.

"Siapa pula datang ni ?" kata hati Sophea sambil membuka pintu sedikit

"Assalamualaikum"

"Darwish ? Kau buat apa kat sini ?" tanya Sophea bersama keningnya yang sudah berkerut

"Dah reti cakap aku kau ye. Awak busy ke ?" balas Darwish dgn senyuman yang manis

'Handsome'

"Tak busy tapi kau nak ajak aku keluar kan ? Aku taknak. Sekian terima kasih" kata Sophea lalu menutup pintu

'Aku tak cakap lagi dah kena reject' kata hati Darwish dengan pasrah lalu meninggalkan rumah itu

Semasa sedang memandu, telefon Darwish berdering.

Darumdarimda gureumeul tago yeogijeogiro

"Ha kau nak apa" tanya Darwish melalui airpod nya

"Weh. Lepas ke tak" balas Zakwan

"Tak. Aku tak cakap apa apa lagi dia dah reject"

The Last Command [ hiatus ]Where stories live. Discover now