- 7 -

27 3 0
                                    

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Hari dimana Darwish dan Zakwan perlu memakai suit tempur untuk acara demonstrasi Paskal.

"Baju kalis peluru aku mana ? Time macam ni la nak hilang" bebel Zakwan

"Ni. Kau yang letak merata lepastu nak marah orang" Darwish menjeling

Zakwan memakai baju kalis peluru itu sambil mengelap peluhnya yang mengalir di dahi.

"Ok semua. Dah sedia ?" tanya Darwish kepada anak anak buahnya

"Sedia tuan" balas kesemua anak anak buahnya sambil mengambil senjata masing masing

Kumpulan Alpha bergerak ke arah padang untuk bersedia sebelum demonstrasi bermula. Mereka menjadi tumpuan ramai kerana pemakaian mereka yang sangat bergaya dan agak menyeramkan sehingga beberapa anak kecil berlari ke arah ibu bapanya kerana ketakutan.

Darwish memerhati keadaan sekeliling dan matanya tertumpu kepada seorang wanita di kawasan itu.

"Hi miss. Seorang je ?" tanya Darwish disebalik topeng muka

"Eh tak la. Tak nampak ni saya bawa sekampung ? Jadi askar pun nak menggatal" balas Sophea lalu menjeling tanpa mengecam suara Darwish

"Astagfirullah. Saya tegur je. Saya tengok cik ni macam lonely je hehe" gurau Darwish

"Biar la saya lonely pun. Saya hidup pun bukan untuk lelaki" balas Sophea sambil melihat sekeliling seakan akan mencari seseorang

"Garang betul cik ni" usik Darwish sambil menahan ketawa manakala Sophea hanya menjeling

"Eh Sophea. Sorry wei. Lama sangat aku bermesyuarat dalam toilet" kata Sara sambil memberikan makanan yang dikirim oleh Sophea

"Kau kan. Nasib baik kau datang tepat pada waktu. Aku datang sini nak tengok askar. Tapi ada juga askar yang suka menggatal" balas Sophea sambil menjeling ke arah Darwish

"Eh saya tak menggatal. Saya tegur" kata Darwish tanpa rasa bersalah

"Aku macam pernah dengar suara ni. Tapi kat mana ya" fikir Sara dalam keadaan yang terpinga pinga

"Ish kau ni. Entah entah kau ni penyamun ? Orang yang berlakon jadi askar" kata Sophea tanpa berfikir panjang

"Astagfirullah cik. Apa yang cik cakap ni. Tak baik tau fitnah insan yang baik macam saya ni" balas Darwish sambil mencabut cermin mata hitam nya

"Kau ni pun. Agak agak la" kata Sara sambil mencubit tangan Sophea

"Apa ? Mana la tahu" Sophea menjeling ke arah Darwish

"Tuan. Demonstrasi dah nak mula" kata Zakwan dengan penuh kehormatan sambil memberikan tabik hormat

"Baik. Awak pergi dulu" balas Darwish sambil membalas tabik hormat tersebut dan Zakwan hanya mengangguk dan berlalu pergi

"Saya minta diri dulu ya. Ada rezeki kita jumpa lagi" kata Darwish sambil mengenyitkan matanya kepada Sophea

"Tak payah ada rezeki pun takpe" Sophea menjeling

"Aku cubit kau kang. Kau kata nak sangat kahwin dengan askar. Dah depan mata, kau tolak pula rezeki" bebel Sara

"Aku taknak yang menggatal macam tu. Nanti dengan aku, dia cari perempuan lain macam mana ?" Sophea menjeling rakannya itu

"Dia berminat dengan kau tu. Sebabtu dia kacau kau" gurau Sara sambil mengeluarkan telefonnya dari beg

"Aku karang dia ni" Sophea mencubit halus tangan Sara dan Sara hanya diam menahan kesakitan

Beberapa minit kemudian, sebuah pesawat Airbus A400 mendarat. Kelihatan sekumpulan Paskal keluar sambil membawa senjata seakan akan sedang menjalankan operasi.

The Last Command [ hiatus ]Where stories live. Discover now