- 5 -

31 1 0
                                    

3 minggu telah berlalu, cuti Zakwan dan Darwish telahpun berakhir. Dahlia juga sudah mahir serba sedikit tentang ilmu pertahanan diri. Darwish juga tidak mengajar banyak. Cukup sekadar untuk pertahankan diri dari makhluk makhluk kurang keimanan.

"Along nak pergi dah ke ?" tanya Dahlia yang sedang membungkus makanan di dalam bekas

"Haah. Nak gerak dah ni. Zakwan tengah letak barang dalam kereta. Kenapa ?" balas Darwish

"Kejap eh. Along pergi dulu kat kereta. Kejap lagi adik datang" kata Dahlia lalu mengambil plastik untuk meletakkan bekas bekas makanan itu

"Okay" balas Darwish lalu melangkah keluar dari rumah

2 minit kemudian, Dahlia keluar bersama 1 plastik yang penuh berisi makanan.

"Nah along. Makan ni kat sana. Jangan tak makan pulak. Penat adik masak ni" Dahlia menghulurkan plastik itu

"Ya Allah. Kenapa masak ? Susah susah je awak ni" balas Darwish sambil mengambil plastik itu

"Takde susahnya" Dahlia menjeling

"Padan la bangun awal. Selama ni takde pulak nak bangun awal hahaha" ejek Encik Haikal kepada anak daranya itu

"Eh abah ni. Sibuk je" jeling Dahlia

"Hahahaha. Iya lah. Terima kasih adikku sayang. Nanti masakkan lagi ye. Along dah kena gerak ni. Ibu, abah, adik jaga diri ye. Makan jangan tinggal. Apa apa call along. Kalau along tak angkat, call Zakwan" nasihat Darwish kepada keluarganya itu

"Ha iya lah. Kamu pun sama. Jangan tinggal makan. Jaga solat tu" balas Puan Aida

Setelah bersalaman, Darwish dan Zakwan bergerak menuju ke kem. Semasa dalam perjalanan, Zakwan berasa agak lapar dan meminta Darwish untuk pergi makan dahulu sebelum memasuki kem. Semasa di kedai makan, mereka berborak seketika sebelum melanjutkan perjalanan mereka ke kem.

"Weh. Kau ingat tak Sophea ?" tanya Darwish sambil minum seteguk air teh o ais nya

"Sophea mana pulak kau ni" balas Zakwan dengan muka hairan

"Sophea yang tu la. Yang masa kita sekolah menengah dulu tu" kata Darwish

"Oh haa. Ingat ingat. Yang kau selalu buli dia kan ? Yang dia benci kau tu hahahah" Zakwan menganjing

"Haah yang tu. Masa otw pergi kem haritu. Before minggu kau masuk kerja. Aku nampak dia" Darwish bercerita dengan panjang lebar

"Wait. Dia dah balik sini ke ? Bukan dia study kat Oxford ke" kata Zakwan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal

"Gila. Oxford ? Gempak betul dia" balas Darwish dengan riak muka terkedu

"Haah Oxford. SPM dia straight A+ kot. Agak agak la kau. Btw kau still ada feeling kat dia ke ?" tanya Zakwan sambil menghabiskan makanan di dalam pinggannya

"Entah wei. 7 tahun aku tunggu dia. Aku tak tahu nak cakap aku still ada feeling ke tak" balas Darwish sambil menutup muka nya menggunakan kedua dua tapak tangan lalu menarik nafas panjang

"Kepala hotak kau 7 tahun. Dari before SPM kau suka dia ? Ni mesti penangan buli kau ni" Zakwan berkata dengan riak muka tidak percaya

"Tapi tu lah. Dia pernah kata kat aku yang dia benci aku sampai mati. Teruk aku dulu. Nakal sampai cikgu tak tahu nak buat apa dah" Darwish mengeluh

"Ye wei. Kalau ingat balik. Aib sangat. Orang pun pandang rendah je kat kita. Budak nakal tapi dapat straight A" balas Zakwan sambil mengeluarkan walletnya

"Tu lah. Lepastu ada je yang kata kita dapat straight A sebab meniru. Always the most hardworking one" kata Darwish sambil menekan kan perkataan hardworking itu

"Tak boleh nak cakap apa der. Mulut orang kita tak boleh tutup. Eh dah jom la. Lambat kang" ajak Zakwan lalu melangkah pergi ke kaunter

"Semua sekali RM20.50" kata juruwang tersebut lalu mengambil duit yang diberikan oleh Zakwan

"Kau bayar semua ke" tanya Darwish

"Haah" balas Zakwan sambil mengambil duit baki

"Pulak. Nanti aku belanja kau air la ye. Mengada kau ni nak bayar" bebel Darwish

"Dah aku yang ajak kau makan. Biar la aku yang bayar" Zakwan menjeling

"Iya la wei. Dah jom" kata Darwish lalu menaiki kereta

Mereka berdua meneruskan perjalanan ke kem. Sejam setengah kemudian, mereka selamat sampai di kem. Mereka juga disambut oleh beberapa orang pegawai yang bertugas di pondok pengawal.

"Kita kena lapor diri ke" tanya Zakwan sambil mengangkat beg bajunya

"Tak payah. Komander takde harini. Dia ada hal. Nanti aku bagitau je kat dia yang kita dah ada kat sini" balas Darwish sambil mengambil beg bajunya dari tangan Zakwan

"Okay" Zakwan mengangguk

"Oh ye. Esok kita kena guide this one group. Diorang mintak permission untuk buat tour kat kem kita untuk kerja photography kat Komander" jelas Darwish sambil menunjukkan arahan dari Komander kepada Zakwan

"Pulak. Ha ye lah. Esok kena pakai baju loreng la kan" Zakwan mengeluh kerana malas untuk memakai uniform

"Tak kot. Aku pakai tshirt biasa tu je. Tak rajin aku nak iron bagai" balas Darwish lalu melangkah ke dalam rumahnya

Zakwan hanya mengangguk dan melangkah masuk ke dalam rumah lalu merebahkan diri ke atas sofa. Manakala Darwish meletakkan beg bajunya lalu terus ke dapur untuk menanak nasi. Lauk pauk yang diberikan oleh Dahlia diletakkan di atas meja dan ditutup dengan tudung saji.

Malam pun menjelang. Darwish dan Zakwan menikmati lauk pauk yang disediakan oleh Dahlia. Ayam masak merah, udang masak sambal dan sotong masak lemak yang dimasak oleh Dahlia sangat menyedapkan.

"Rasa macam makanan kedai weh" kata Zakwan

"Takkan kau baru first time rasa ?" tanya Darwish sambil menyumbat sotong ke dalam mulut Zakwan

"Patutnya ni kali kedua. Tapi jadi first time sebab masa first first tu, aku tak dapat rasa. Ada hal kat kem. Terus keluar rumah so tak sempat nak rasa sikit. Tak expect sedap camni" balas Zakwan sambil mengunyah

"Ibu yang ajar. Mana pernah tak sedap. Aku pandai masak pun sebab ibu ajar" kata Darwish sambil meletakkan seketul ayam di dalam pinggan Zakwan

"Banyak betul kau isi kat aku. Kalau ada baki, boleh panaskan untuk esok wei. Benda sedap, jangan habiskan. Simpan untuk masa akan datang" Zakwan berkata sambil menarik nafas sedalam dalamnya kerana perutnya sudah penuh

"Sotong ni kena habiskan. Sebab masak lemak. Nanti basi ni. Tak tahan lama. Dahlia pulak masak pakai santan lama. Bukan santan baru. Ni nasib je ni. Kalau tak, memang dah basi" balas Darwish sambil meletakkan sotong ke dalam pinggannya

"Ayam dengan udang tu simpan. Aku nak makan lagi esok" kata Zakwan sambil mengangkat pinggannya ke arah singki

"Ha ye. Tidur awal malam ni. Esok bangun awal. Komander kata diorang datang pukul 9 pagi esok" jelas Darwish sambil menghabiskan air di dalam cawannya

"Ha okay" balas Zakwan

Selepas makan, mereka menunaikan solat isyak dan terus masuk tidur kerana penat.

The Last Command [ hiatus ]Where stories live. Discover now