- 2 -

33 2 0
                                    

Seminggu telah berlalu. Zakwan telahpun kembali kerja seperti sedia kala selepas berbulan cuti akibat patah kaki.

"Uwarghh. Ngantuknya" kata Zakwan sambil menguap seluas luasnya

"Tutup mulut tu. Lalat masuk nanti" kata Darwish sambil meneliti setiap maklumat di dalam kertas kerja yang diberikan pada minggu lepas

"Agak agak kan. Mission apa kita kena buat ek" tanya Zakwan sambil menjongket jongketkan kerusi di pejabat Darwish

"Jaga kapal. Mudah je la kerja. Aku ingat susah. Bagi kertas macam kasi mission 40 bot lanun nak samun kapal" bebel Darwish

"Wah nasib mudah je. Jadi bahan warm up aku la ni hahaha" balas Zakwan sambil ketawa

"Kau ni memang takde office ke nak melepak dalam office aku ? Stres aku tengok kau ni. Kat rumah tengok muka kau. Kat sini tengok muka kau. Takde muka orang lain ke" marah Darwish sambil membelek belek kertas

"Aduh bro. Aku bosan la duk dalam office tu sorang sorang. Ha kira ok la kau selalu tengok muka aku yang handsome ni. Nanti kau dah kahwin, anak kau muka cam aku. Mana tahu power menembak cam aku jugak kan" kata Zakwan dengan panjang lebar

"Power menembak konon. Terpaling eagle" jeling Darwish

"Ye la tuan shark. Nyenyenye hahahah" Zakwan menganjing sambil ketawa terbahak bahak

Eagle merupakan kod nama bagi Zakwan kerana kebolehannya sebagai penembak tepat dalam menggunakan apa sahaja senjata yang diberi dan senjata kegemarannya ialah sniper. Shark pula merupakan kod nama bagi Darwish kerana ketangkasannya dalam menyerang semua musuh umpama seekor jerung menyerang mangsa.

Tok tok tok

"Masuk" kata Darwish

"Assalamualaikum dan selamat petang tuan. Saya, Leftenan Muda Mohamad Hakim Bin Hamzah diarahkan untuk memanggil tuan dan Leftenan Zakwan atas arahan Komander. Keizinan untuk meneruskan tugasan tuan" kata pegawai itu dengan panjang lebar sambil memberi tabik hormat

"Ya teruskan" balas Darwish sambil mengemas meja

"Terima kasih tuan" pegawai itu memberi tabik hormat dan melangkah keluar

"Dia rap ke weh. Satu nafas je bhai dia perkenalkan diri" kata Zakwan sambil berdiri membetulkan uniformnya

"Itu lah tu. Dia yang kenalkan diri, aku yang semput hahaha" balas Darwish sambil memakai baretnya

Mereka berdua pergi ke pejabat Komander seperti yang diarahkan. Kelihatan Komander Hilmi sedang mengemas meja untuk ke bilik mesyuarat. Darwish mengetuk pejabat Komander lalu masuk setelah mendapat izin.

"Tuan" kata Darwish dan Zakwan sambil memberi tabik hormat

"Dah jom. Terus ke bilik meeting. Oh ya. Selamat kembali bertugas Leftenan Zakwan" ucap Komander Hilmi

"Terima kasih tuan" balas Zakwan

Mereka bertiga pergi ke bilik mesyuarat yang berada di tingkat 1 menggunakan tangga. Setelah masuk ke dalam bilik mesyuarat, kelihatan team Alpha telahpun berkumpul di situ.

"Yow Zakwan. Lama tak jumpa. Amacam ? Ok dah ke bro" Leftenan Zaid membuat fist bump dengan Zakwan

"Lebih dari ok dah brader. Penat aku tido bangun tido bangun kat rumah hahah" Zakwan ketawa

"Kita kat sini nak meeting. Bukan buat brotherhood reunion" tegur Darwish kepada dua orang pegawai itu

"Ok sorry sorry" mereka menunduk malu

"Ok shall we start ?" tanya Komander Hilmi kepada team Alpha itu

"Yes sir" Darwish menjawab

"Seperti yang kamu semua tahu, kamu semua akan ditugaskan untuk menjaga kapal. Im not sure kapal apa tapi saya dapat arahan Laksamana. Saya nak kamu semua jadi pemerhati sahaja. Jika berlaku apa apa serangan atau ada tindakan yang mencurigakan, terus lapor kepada saya. Jangan ambil sebarang tindakan sebab kita tak tahu apa yang kapal tu bawa" terang Komander Hilmi dengan panjang lebar

"Baik tuan" mereka semua mengangguk

"Esok sebelum subuh, kamu semua dah kena gerak. Pastikan semua kelengkapan dan senjata dah lengkap dengan kamu. Apa apa soalan ?" kata Komander Hilmi

"Tiada tuan" Darwish menjawab

"Saya doakan kamu semua berjaya selesaikan misi ini. Itu sahaja untuk meeting. Yang lain saya serahkan kepada Leftenan Komander Darwish" kata Komander Hilmi

"Baik tuan. Terima kasih tuan" kata semua ahli team Alpha sambil memberi tabik hormat lalu melihat Komander Hilmi melangkah keluar

"Baiklah semua. Saya nak pukul 5 pagi esok semua dah berkumpul. Jangan ada seorang pun yang lambat. Kamu semua tahu apa yang saya akan buat kalau ada yang lambat" terang Darwish dengan muka tegas

"Baik tuan" mereka semua berkata

"Itu sahaja. Bersurai" kata Darwish sambil melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu

Mereka semua beredar dari bilik itu dan Darwish dan Zakwan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah bertujuan untuk mengemas barang dan memberitahu keluarga mereka tentang misi mereka.

"Assalamualaikum ibu" kata Darwish sambil membuat panggilan video di telefonnya

"Waalaikumussalam anak ibu. Anak ibu sihat ? Kenapa call ?" tanya Puan Aida

"Alhamdulillah sihat. Along call ni sebab esok along pergi misi. Doakan along ya" terang Darwish

"Oh macam tu. Ibu doakan anak ibu selamat ya. Doa ibu sentiasa ada pada kamu along. Jaga diri ya disana" kata Puan Aida

"Aamiin. Insyaallah ibu. Along tak boleh lama ni. Nak kemas barang. Esok pukul 5 pagi dah kena gerak. Nanti along call lagi ya ibu" kata Darwish sambil melambai Puan Aida

"Ha ye lah. Jaga diri, jaga iman. Jangan lupa solat ya along" balas Puan Aida

"ASSALAMUALAIKUM IBU" Zakwan menjerit

"Ya Allah. Waalaikumussalam Zakwan. Terkejut ibu ni" kata Puan Aida sambil memegang dadanya

"Memang sebelah telinga aku jugak kau nak jerit" Darwish menjeling

"Heheh sorry ibu. Ibu doakan Zakwan sekali tau. Tu je ibu. Babai" kata Zakwan lalu beredar dari situ

"Iya lah. Semoga kamu berdua selamat dan berada dalam lindungan Allah. Aamiin" Puan Aida berdoa

"Aamiin. Along minta diri dulu la ibu. Tak sempat kemas barang nanti. Kirim salam kat semua. Assalamualaikum" kata Darwish

"Ya insyaallah. Waalaikumussalam"

Darwish mengemas barangnya. Meletakkan beberapa helai baju tshirt tldm, beberapa helai tshirt hitam dan juga beberapa helai seluar panjang. Pada hari esok, dia hanya akan memakai tshirt kombat. Selesai sahaja mengemas, Darwish terus masuk tidur untuk mengelakkan terlajak tidur.

The Last Command [ hiatus ]Where stories live. Discover now