- 4 -

22 0 0
                                    

"Assalamualaikum-" ucap Darwish semasa melangkah ke dalam rumah ibubapanya tetapi tidak sempat mengabiskan ucapan salamnya kerana Zakwan mencelah

"ASSALAMUALAIKUM IBU. ANAK IBU DAH BALIK !!" Zakwan menjerit

"Eh kau ni. Aku tumbuk kang" Darwish menjeling

"Waalaikumussalam anak anak ibu. Ya Allah makin kurus anak anak ibu ni. Ni dah makan ke belum ?" tanya Puan Aida kepada anak anak terunanya itu

"Belum lagi ibu" kata Darwish sambil menyalam Puan Aida

"Kitaorang dari kem terus straight datang sini bu" Zakwan berkata lalu menyalam Puan Aida

"Abah mana bu ?" tanya Darwish sambil mencari remote tv

"Abah kamu pergi main golf dengan si Kamal tu" kata Puan Aida sambil memasak di dapur

"Pakcik Kamal ada kat sini ? Bukan dia dah pindah ke" tanya Zakwan pula

"Dia balik rumah anak dia. Anak dia nak khawin" jelas Puan Aida

"Si Alya tu nak khawin ? Kemain dia sekarang. Tak jemput pun kita" kata Darwish

"Dia jemput la. Dia tu patutnya khawin 2 minggu lepas. Tapi dah kamu berdua tak balik, dia tunggu la sampai kamu balik. Ibu cakap harini kamu balik. Tu yang buat kenduri minggu ni" balas Puan Aida sambil menghidang makanan di atas meja

"Bila bu majlis dia ?" tanya Zakwan

"Sabtu ni. Bagus la kamu balik harini. Sempat datang kenduri dia" kata Puan Aida

"Assalamualaikum ibu"

Darwish dan Zakwan memandang antara satu sama lain.

"Waalaikumussalam Dahlia" Darwish menjawab

"Eh along bila sampai ?" Dahlia bertanya sambil mengangkat barang barangnya

"Baru sampai tadi. Engkau ni dari mana ? Lawa kemain kau ni. Pergi dating ke apa" bebel Darwish

"Aduh along ni. Orang baru sampai. Orang pergi shopping tadi" Dahlia mencebik

"Eh hi abang Zakwan" Dahlia menegur Zakwan yang sedang berjalan ke arah dapur

"Habis la kau. Kena dengan Darwish hahah" Zakwan mengejek

"Ish" Dahlia menjeling

"Engkau pergi dengan siapa ? Banyak betul barang kau beli. Berapa banyak kau melantak duit ni" marah Darwish

"Keluar dengan Insyirah. Dia yang ajak shopping. Adik habis tak banyak pun. Tak sampai 200" kata Dahlia sambil duduk di sebelah Darwish untuk bersalaman dengan abangnya

"Barang banyak tapi tak sampai 200. Entah ye ke tidak budak ni" balas Darwish sambil menghulurkan tangan kepada adiknya

"Iya along ku sayang. Harini ada sale kat mall. Tu yang bantai beli perfume semua ni" jelas Dahlia lalu menyalam abangnya itu

"Boleh la along mintak satu kan hahaha" kata Darwish sambil gelak

"Tadi marah. Pastu tak malu mintak barang orang. Iya la. Adik ada beli satu untuk along" balas Dahlia sambil mengambil perfume di dalam beg kertas

"Tadi tu saja je. Kot kot adik pergi dating dengan boyfriend. Kalau adik nak ada boyfriend, tunjuk dulu kat along. Kasi along approve dulu hahah" kata Darwish sambil mencubit pipi Dahlia

"Aduh along sakit" Dahlia berkata lalu memukul tangan Darwish tetapi Darwish terlebih dahulu bangun melarikan diri

"Nyenye. Tak kena hahaha" Darwish mengejek lalu melarikan diri sehingga hampir melanggar Puan Aida yang sedang membawa mangkuk ayam masak merah dari dapur

The Last Command [ hiatus ]Where stories live. Discover now