Hari ini genap 1 tahun pemergian omma dan appa. Terasa seperti kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup aku. Aku mengimbau kenangan semasa kecil. Keluarga yang sangat bahagia walaupun kami ditimpa kemiskinan. Tapi kami tetap bahagia. Senyuman omma dan appa dan seorang namja bermain seperti skrin putih dihadapan mata. Setelah beberapa kejadian aku kehilangan abang yang aku sayang. Yang selalu dengan aku. Tempat aku mengadu.
Segera fikiran ku mengimbau kenangan lepas.
" Cepat suruh anak-anak bersiap. Hari ni saya dapat balik awal. Saya nak keluar jalan-jalan dengan anak-anak lah." Arah Encik Song kepada Puan Song.
" Kita nak kemana ?" arahan Encik Song bertukar kepada pertanyaan.
" Awak pergi ajelah suruh anak-anak bersiap, tahu lah saya nak bawa diorang jalan-jalan.", balas Encik Song lagi sambil berjalan untuk duduk.
" oh, baiklah" jawab Puan Song dengan ringkas tanpa ada soalan lain segera kakinya menuju ke arah pintu bilik anak-anaknya.
Pintu bilik dibuka dari arah luar.
" Hey anak-anak omma main apa ni?" tanya Puan Song kepada anak-anaknya lalu mendekati anak-anaknya.
" Eunyoung tengah main askar-askar dengan oppa. Omma nak main ?", jawab si kecil yang bernama Eunyoung.
Puan Son tersenyum mendengar jawapan anak perempuannya. Perasaan sedih dan hiba menyelubungi hatinya apabila melihat alat permainan anaknya yang diperbuat daripada kayu sedangkan anak orang lain mempunyai telefon pintar.
" Main ? Anak omma kan perempuan. Mana boleh main askar-askar. Permainan ni untuk lelaki je la sayang. Macam oppa woon.", pujuk Puan Son.
" Alah omma. Gwenchana. Oppa kate takpe. Lagipun Eunyoung kesian dekat oppa, oppa main sorang-sorang takda orang nak teman. Jadi Eunyoung main lah dengan oppa.", jawab anak kecil itu.
" Iyelah. Dah pergi siap-siap. Appa nak ajak kite pergi jalan-jalan. Anak-anak omma nak pergi tak ? "
" Mwo ?! Jinjja ?Appa nak ajak kita pergi mana omma ?", tanya Dongwoon
" Omma meolla. Dah takpe, pergi siap-siap. Lepastu kita keluar "
Perjalanan mereka mengambil masa 30 minit untuk ke destinasi yang ingin dituju oleh Encik Son.
" Appa!! Appa!! kita nak pergi mana ?! ", tanya Eunyoung sambil melompat-lompat.
" Appa nak ajak keluarga Appa keluar jalan-jalan lah. Puteri appa nak pergi mana ?", tanya Encik Son. Tidak dinafikan Encik Son memang rapat dengan Eunyoung. Manakala Dongwoon rapat dengan Puan Son. Tetapi keluarga ini tidak berbelah bahagi memberi kasih sayang antara satu sama lain.
" Eunyoung nak pergi pantai ! Eunyoung kan suka pantai. Appa tahukan ?", jerit Eunyoung menunjukkan kegembiraan. Encik Son dan Puan Son hanya tersenyum kerana mereka tahu Eunyoung dan Dongwoon memang sukakan pantai.
Sampai didestinasi, Encik Son meletakkan keretanya ditempat yang disediakan untuk para pengunjung.
" Yeay dah sampai pantai ! Dah sampai pantai." Eunyoung menjerit macam orang tak pernah pergi pantai. Mereka sekeluarga sudah lama tidak ke pantai." Omma, Appa ! Eunyoung nak mandi pantai dengan oppa Woon boleh ?" tanya Eunyoung.
" Mwo ?! Dengan oppa ?! Shiero. Young air tu sejuk lah."
" Alah, oppa tak sayang kt saeng lagi." Eunyoung menundukkan kepalanya menujukkan dia sedang sedih.
Encik Son yang memerhati bersuara. "Kajja tapi kita main air je. Tak boleh mandi, arra ?"
YOU ARE READING
(DIBUKUKAN) It's called as LOVE [Taehyung]
FanfictionKisah seorang budak perempuan yang bernama son eun young yang kehilangan kedua ibu bapa disebabkan kemalangan jalan raya. Setelah kematian kedua org tua. Eun young tinggal bersama ibu saudaranya yang kaya dan menunggu kepulangan anak lelaki yang hen...