"STRESS nampak? Asal? Ada problem lagi ke?" Taufiq bertanya seraya menyua sudu ke mulut. Dari tadi lagi dia dah perasan dengan air muka si kawan. Nampak kusut semacam. Entah apa pula masalah Hilal kali ini.
"Aku rimas."
"Rimas pasal apa pulak?"
"Mama aku asyik tanya pasal anak aje. Berbulu telinga aku asyik dengar benda yang sama tiap kali aku datang ke rumah tu. Mama aku ni tak ada soalan lain ke nak tanya? Tak pun, tanya pasal kerja ke, tanya aku sihat ke tak..." Ini tak, anak... anak... anak!
Mendengar luahan Hilal, Taufiq hanya mampu tersenyum kecil sambil ketawa. Terasa lucu pula. Tak menyangka isu berkenaan anak yang membuatkan sahabatnya itu kusut dan tertekan.
"Kau tu dah 32 bro. Lagi 8 tahun nak masuk 40. Kau tak nak anak? Kau yakin?" Taufiq menduga.
Hilal picit pelipis. Dekat rumah, Hajah Naila duk sebut umur dia. Sekarang Taufiq pula. Dia ingatkan bila keluar bertemu Taufiq dapat hilangkan sakit kepala, rupanya menambah pusing kepalanya saja. Ah, mama dan Taufiq sama saja. Dalam hati Hilal mendengus sebal.
"Kau tak fikirkan perasaan isteri kau?" Taufiq maksudkan Wardah.
"Kami tak cintakan satu sama lain. Kau rasa dia peduli ke pasal ada anak dengan aku? Plus, kalau kami bercerai tanpa anak pun tak apa. Dia muda lagi. Muda 8 tahun dari aku. Kalaulah suatu hari nanti ditakdirkan kami berpisah, she can find someone better. Kahwin dan ada family baru." Hilal pun boleh hidup bebas tanpa terikat dengan sesiapa. Tak ada komitmen. Tak ada beban.
"Cinta boleh dipupuk. Kau aje yang keras hati nak mencuba." Tembak Taufiq balik. Tak semena membuatkan Hilal terdiam sepi.
"Tak move on lagi ke cemana?" Sekali lagi peluru Taufiq menghunus dada Hilal.
Melihat respons Hilal yang diam kaku seperti itu sudah cukup untuk memahamkan Taufiq. Hilal belum beralih dari wanita itu. Hati Hilal masih berpaut pada wanita yang bukan isterinya. Taufiq letakkan sudu dan garfu ke tepi dalam keadaan terlingkup kemudian lelaki itu duduk bersandar sambil memeluk tubuh.
"Dia dah-" Tak habis cakap, Hilal segera memintas.
Hilal tersenyum pahit sambil mengangkat tangannya sebagai isyarat menyuruh Taufiq berhenti bercakap.
"It's not easy, Taufiq."
Taufiq menghela nafas berat. Payah. Susah nak fahamkan seseorang yang belum terima hakikat dan realiti. Dah banyak kali pujuk dan nasihat, Hilal akan tetap dengan kedegilannya.
"Wardah tahu tak pasal dia?" Taufiq tanya pada Hilal. Manalah tahu Hilal masih angau pada buah hati lama. Kalau benarlah Hilal masih gila bayang, kasihan Wardah. Pasti wanita itu banyak makan hati dengan sikap dan perangai Hilal.
"Tak penting untuk dia tahu siapa Wara."
"Kau tak pernah terlepas sebut tentang Wara depan Wardah kan?"
"Tak." jawab Hilal pendek.
Biarlah Wardah tak tahu siapa Wara padanya. Biarlah kewujudan Wara disembunyikan dari pengetahuan isterinya. Dia tak mahu Wardah tahu atau cari tahu tentang Wara. Dia tak mahu menimbulkan sebarang isu dengan Wardah.
Hilal tak curang pada isterinya. Hilal cuma belum sembuh dari masa lalunya.
"Nak tak nak, kau kena belajar terima hakikat, Hilal. Kalau kau berterusan begini, kau yang akan sakit. Dan dalam masa yang sama, kau akan menyakitkan isteri kau jugak." tutur Taufiq lagi.
Taufiq tak meletakkan seratus peratus kesalahan kepada Hilal yang masih hidup dalam penafian tetapi persoalannnya sampai bila?
"Wara nak kau bahagia. With her or without her. Itu permintaan terakhir dia, Hilal."
![](https://img.wattpad.com/cover/342791950-288-k513069.jpg)