1

588 21 0
                                    

25 hari bulan Oktober ditanda bulat dengan pen merah. Lama mata Wardah merenung tarikh tersebut. Lagi dua bulan usia perkahwinan mereka genap usia setahun namun perkahwinan mereka seolah tiada makna sama sekali. Berkahwin tapi gaya dan cara kehidupan mereka seperti orang bujang.

Seorang ke hulu dan seorang lagi ke hilir. Mereka tak mesra seperti suami isteri di luar sana. Hubungan mereka benar-benar terasa hambar. Wardah sendiri keliru, kehambaran itu datangnya dari mana. Adakah ianya kerana dia berkahwin dengan lelaki yang dingin dan tak punya perasaan ataupun Wardah tak letak sebarang usaha untuk menarik perhatian suaminya?

Sebulan menikah, mereka hanya pernah berkongsi ranjang sekali sahaja. Itu pun pada malam perkahwinan mereka. Tidur tanpa melakukan apa-apa. Tidak berkasih sayang.

"Bila perut isteri kamu tu nak ada isi kalau kamu-" Hajah Naila tak habis berbicara, Hilal Ilyas sudah mencelah.

Sudu di tangan dihempas ke pinggan. Riak wajahnya terlihat muram menandakan dia tak suka topik tersebut dibangkitkan. Ini bukan kali pertama Hajah Naila mempertikaikan soal anak tetapi sudah acap kali! Hilal dah mula naik rimas dengan soalan itu. Entah berapa banyak kali dia kena ulang jawapan yang sama.

"Mama, stop. Hilal tak nak bahas pasal isu ni lagi. Please." Tiada nada merayu seperti selalu. Kali ini intonasi suaranya kedengaran tegas menandakan dia betul-betul serius.

"Kamu tu tak muda lagi, Hilal."

"32 must be old for you. But not for me."

"Waktu abang kamu 32 tahun dah ada 3 orang anak. Tapi kamu? Nak suruh kahwin pun payah. Bila dah kahwin, perangai pun tetap sama aje." Tak ada niat mahu membandingkan kehidupan anak-anaknya tapi geram punya pasal, gasaklah. Hajah Naila dah mula naik jemu dengan perangai dingin si anak.

Payah betul nak faham perangai dan kemahuan anak keduanya itu.

"Hilal tak minta pun untuk dikahwinkan. Mama dengan abah yang nak sangat Hilal kahwin. Bila Hilal dah penuhi kehendak mama dengan abah, mama bising pasal anak pulak. Boleh tak kalau Hilal minta mama stop minta sesuatu yang Hilal tak boleh nak bagi?"

"Awat tak boleh bagi mama dengan abah cucu? Kamu kan masih 'muda', masih mampu, ada stamina, sihat... takkanlah tak boleh nak buat anak." Nada Hajah Naila seperti sedang memprovok tapi Hilal buat-buat tak kisah. Lebih baik dia pekakkan telinga.

Mama cakaplah apa mama nak cakap. Hilal tetap dengan pendiriannya. Hilal tak mahu anak. Lagi-lagi punya anak bersama perempuan yang dia tidak cinta. Titik. Noktah. Full stop. No means no. Tiada kompromi.

"Hilal Ilyas, dengar tak tu? Mama tengah cakap dengan kamu ni!" Naik seoktaf suara Hajah Naila. Geram punya pasal dengan sikap Hilal yang acuh tak acuh saja mendengar bicaranya.

"Hilal minta maaf banyak-banyak tapi Hilal kena pergi sekarang. Ada urusan." Tak berniat nak mengelak tapi mesej dari Taufiq membuatkan Hilal rasa nak buat sujud syukur saja. Macam tahu-tahu aje Hilal nak lari dari Hajah Naila.

Iphone 12 Pro dan dompet yang terletak di atas meja segera dicapai. Tak berlengah, Hilal melangkah laju keluar dari bilik tamu dan menuju ke pintu utama.

"Hilal, Wardah macam mana!" Teriak Hajah Naila sebelum sempat Hilal meloloskan diri dari rumah agam itu.

"Suruh pak cik Adam je hantar dia balik rumah."

"Kamu suami atau pak cik Adam suami dia?" Hajah Naila bertanya.

Hilal tersenyum senget. "Pak cik Adam kot."

"Hilal Ilyas!!"

Ish anak bertuah seorang ni! Dah elok heret isteri ke rumah mentua, takkan lepas tu main tinggal aje? Teruknya perangai anak seorang ni. Buat sakit kepala dia saja memikirkan hala tuju rumah tangga si anak.

[EBOOK] WARDAH HILAL Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang