Sinopsis

759 15 0
                                    

Beralih dan sembuh dari masa lalu bukanlah suatu hal yang mudah buat Hilal Ilyas. Di saat ketika dia belum selesai dengan wanitanya yang bernama Wara, dia dijodohkan pula dengan wanita bernama Wardah Sofea. Dek penat didesak bernikah, Hilal turuti kehendak orangnya tuanya.

Hampir setahun mendirikan rumahtangga, tak pernah sekalipun Hilal mencuba membuka hatinya untuk Wardah. Hubungan mereka hambar. Terlalu hambar. Status mereka suami isteri tapi gaya kehidupan mereka seperti rakan serumah. Seorang ke hulu dan seorang lagi ke hilir. Mereka fokus pada kehidupan masing-masing saja.

Namun semenjak Wardah tahu bahawa suaminya masih mencintai seseorang yang sudah lama tiada, dia mulai mengenal erti lelah. Dia sedar dirinya tidak akan dicintai seperti mana Hilal mencintai arwah bekas kekasihnya.

“Aku masih tak mampu nak mencintai orang baru. Dalam hati ni masih dihuni bidadari yang sama.” - Hilal Ilyas.

“Bukan abang tak mampu, abang yang tak mahu melepaskan.” - Wardah Sofea.

Jadi bagaimana dengan mereka? Apakah penghujung kisah mereka yang dari awal lagi tidak diingini oleh Hilal sendiri? Wujudkah bahagia di antara mereka atau perpisahan menjadi pemenang?

[EBOOK] WARDAH HILAL Where stories live. Discover now