4

380 19 0
                                    

"KALAU saya tak ada lagi, awak jangan tak kahwin pulak." Gadis cantik itu ketawa besar. Dia masih ingat dialog harian kekasihnya setiap malam.

"Saya takkan kahwin kalau pengantin perempuannya bukan Tengku Wara Damia."

Hilal mencebik. Berapa kali dia harus ingatkan pada Wara bahawa dia tidak suka jika Wara bangkitkan isu mati. Hilal tak mahu membayangkan dirinya tanpa Wara. Memutuskan untuk memilih Wara sebagai pasangannya adalah keputusan terbaik dan tepat. Lima tahun mereka bersama, Hilal tak pandang wanita lain. Waralah paling cantik, paling baik dan paling anggun sekali.

"Janganlah sebut pasal mati. Tak. Awak akan hidup lama lagi, Wara. Awak takkan tinggalkan keluarga awak dan saya. Awak kena kuat dan awak kena beri semangat pada diri awak. Awak akan sembuh sepenuhnya." Tak ada niat mahu memberikan harapan kosong pada Wara yang sememangnya berada di peringkat terakhir penyakitnya tetapi hanya kata-kata seperti itu saja yang mampu menghidupkan riang di wajah Wara.

Wara melakarkan segaris senyuman kecil.

"Hilal sayang..."

"Yes, sayang?"

"Saya minta maaf tau." Wara tarik lengan baju kemeja yang dipakai Hilal.

"Awak tak ada buat salah, Wara, Tak perlulah nak minta maaf dekat saya."

Wara gigit bibir bawahnya. Gadis cantik itu menunduk merenung selimut putih yang membaluti betisnya. Tanpa dia sedari, air mata menitis satu per satu. Hilal sekadar menjadi pemerhati. Bukan dia tak mahu memujuk tapi dia takut dia yang akan ikut menangis juga. Hilal tak mahu terlihat lemah di hadapan kekasih hatinya.

"Saya minta maaf sebab saya sakit. Saya minta maaf saya tak dapat nak penuhi keinginan awak. Saya tak mampu nak jadi isteri, tak mampu nak lahirkan anak-anak untuk awak dan tak mampu bina masa depan bersama awak." ujar Wara bersama esak tangis yang sudah tidak mampu dibendung lagi.

Hilal ketap bibir. Tangan kiri mencubit-cubit paha sendiri. Hilal tak mahu menangis, Hilal tak mahu kelihatan lemah. Hilal kena kuat. Perlahan-lahan Hilal mengukirkan senyuman kecil dan bahu kekasihnya yang berlapik dicuit.

"It's okay..."

"Hilal, bila saya dah tak ada lagi, awak hidup baik-baik tau. Teruskan hidup awak tanpa saya. Bahagia tanpa saya. Perlahan-lahan lupakan saya dari hati awak. You deserve someone better. Someone who stays."

...Someone who stays.

Celikkan mata, Hilal lantas terduduk. Mata melingas memerhatikan suasana bilik tidur yang masih gelap dan hanya diterangi lampu malam sahaja. Hilal sentuh tepi pipi yang terasa basah. Lama lelaki itu terdiam mengenang mimpi tadi.

Bibirnya melengkung senyuman. Matanya hangat dan basah. Hilal tepuk dada sendiri. Sakit. Dekat dalam terasa sakit dek merindukan seseorang yang sudah tiada. Seseorang yang kini tinggal sebagai memori.

"Wara sayang..."

Hilal menyapu tapak tangannya ke muka. Bibir terus beristigfar. Telefon bimbit di bawah bantal dicapai. Skrin yang terang menyala menunjukkan pukul 3.50 pagi. Menyedari rasa mengantuk sudah hilang, Hilal terus turun dari katil dan berjalan ke bilik air untuk mengambil wudhu.

Terbangun jam-jam sebegini boleh dikatakan rahmat. Sekali lagi berpeluang untuk melakukan solat sunat Tahajud yang jarang-jarang sekali dia laksanakan.

[EBOOK] WARDAH HILAL Where stories live. Discover now