Data 2- Projek Gagal atau Berjaya?

224 20 7
                                    

Kumpulan Amato berasa sangat teruja terutama sekali Amato, dia bagaikan mahu melompat melepasi bulan kerana projeknya diterima.

"Gembira sangat kau ya?" seloroh seseorang, menarik perhatian mereka semua.

"Adudu, apa yang kau nak?" soal Amato dengan berpeluk tubuh.

Adudu, jurutera dari bahagian Kejuruteraan Elektronik yang merupakan rival bagi kumpulan Amato. Lelaki berambut hijau dan bermata iris petak itu sering menganggu mereka dan memikirkan kumpulan Amato hanya junior kerana baru sahaja berpindah ke syarikat itu.

"Saja," balas Adudu ringkas.

"Kau tak perlu tahu, ini bukan hal kau. Balik ke makmal kau," kata Amato dan dia berjalan melepasi Adudu, Adudu berdecit.

"Aku akan sabotaj projek kau tu, Amato. Kau tengok," kata Adudu dalam hati.

Adudu menerjah masuk ke dalam makmalnya, robot pembantunya bernama Probe terkejut dengan terjahan Adudu.

"Selamat kembali, Encik Adudu! Kenapa encik boss nampak marah-marah ni?" soal Probe, cuba untuk kisah pasal Adudu.

"Kau diam! Aku nak fikir ni!" marah Adudu.

"Maafkan saya, encik boss!" kata Probe.

Adudu memandang sekeliling dan dia ternampak kristal mineral elemen di dalam balang makmalnya, Adudu tersenyum jahat.

"Ini dia, benda yang aku mahu!" kata Adudu dengan nada jahat.

"Encik boss, bukan ke kristal tu sudah diharamkan?" soal Probe dengan nada risau.

"Ini bukan untuk aku tetapi untuk Amato, biar projeknya hancur kerana kristal ini dan projeknya bakal dihentikan kerana menggunakan elemen yang haram! Aku mahu dia dibuang kerja terus!" kata Adudu lalu dia ketawa jahat.

"Sungguh jahat, encik boss. Sungguh jahat," kata Probe, menyokong rancangan Adudu.

"Sekarang aku akan buatkan kristal ini kepada sesuatu yang tidak terlihat. Komputer, aktifkan sistem keselamatan makmal! Kunci kesemua pintu dan pastikan cuma aku dan Probe sahaja dibenarkan masuk dan keluar dari makmal ini!" arah Adudu.

"Baik, encik boss." Komputer menerima arahan Adudu dan sistemnya mengaktifkan sistem keselamatan makmal Adudu.

Sementara itu, Amato dan kumpulannya berada di dalam makmal. Memulakan projek mereka, tugas mereka dibahagikan untuk memudahkan mereka menyelesaikan prototaip projek itu.

"Amato, berapa banyak prototaip yang kita nak buat?" soal Pian.

"Buat masa sekarang kita buat satu prototaip sahaja? Kalau gagal, kita buat lagi." Amato membalas.

"Baiklah," kata Pian.

Kumpulan Amato bertungkus lumus melakukan projek tersebut, siang dan malam mereka berjaga untuk mengkaji dan mencipta projek tersebut terutama sekali teras utama untuk menghidupkan android tersebut.

"Amato!" Mara memanggil Amato yang sibuk membaiki tangan robotik.

"Ya?" Amato menanggalkan cermin mata keselamatannya.

"Mari sini!" kata Mara dan Amato berjalan mendekati Mara.

Mara menunjukkan satu cecair di dalam bekas kaca, cecair tersebut berwarna putih dan bekas tersebut bersambung kepada sesuatu yang berbentuk seperti teras. Mara menekan butang dan cecair tersebut perlahan-lahan memasuki ke dalam teras tersebut, perlahan-lahan teras tersebut diaktifkan dan bercahaya. Amato dan Mara berasa teruja.

"Nampaknya darah android kita berjaya!" kata Amato dengan teruja.

"Uish, lajunya!" celah Deep.

He Is Not Robot [Mechamato x BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now