Boboiboy mengalas begnya keluar dari perut kereta milik Amato, kakinya mengikuti pergerakkan Amato menapak masuk ke dalam bangunan di mana tempat ayahnya bekerja. Ini adalah bangunan terakhir yang dia bakal jejaki sebelum meninggalkan kawasan Pulau Rintis.
"Boboiboy, jaga diri baik-baik okey?" ucap ibunya sambil memeluk Boboiboy erat.
"Baik, ibu." Boboiboy membalas sambil tangannya kembali memeluk ibunya dengan erat.
"Terima kasih, Boboiboy sebab selalu tolong kami semua," ucap Pian pula sambil mengusap kepala Boboiboy.
"Sama-sama," ucap Boboiboy.
Ramai jurutera mengerumuni Boboiboy terutama sekali ahli pasukan Amato dan mengucapkan selamat tinggal kepada Boboiboy manakala Amato sekadar memandang mereka dengan perasaan berat hati.
"Tuan Amato?" Secara tiba-tiba Mechabot mendekati Amato.
"Kenapa, Mechabot?" soal Amato.
"Encik Kokoci ingin jumpa dengan tuan bersama Boboiboy sekarang," balas Mechabot.
"Baiklah. Boboiboy, jom pergi! Encik Kokoci nak jumpa kita," arah Amato.
"Okey," balas Boboiboy dan dia terus mengikuti Amato ke pejabat milik Kokoci.
Di dalam pejabat Kokoci, Amato dan Boboiboy berdiri tegak di hadapan meja Kokoci tanpa berkata apa-apa.
"Kau tahu sebab kenapa kau kena panggil?" soal Kokoci.
"Adakah sebab Boboiboy?" balas Amato.
"Ya, baca ni." Kokoci melontarkan sekeping surat kepada Amato.
"Surat apa ni?" soal Amato dengan keningnya yang berkerut.
"Baca sahaja," balas Kokoci.
Amato mengambil surat tersebut dan membaca isi pada surat tersebut dengan teliti tetapi perlahan-lahan wajahnya berubah. "Adakah surat ini?" Amato tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana terlampau terkejut.
"Ya, pihak tentera memberi kebenaran kepada kamu untuk menyimpan Boboiboy dan menangguhkan pengambilan Boboiboy selama dua bulan. Jadi kamu kena pantau Boboiboy dan melaporkan sesuatu baharu tentang Boboiboy kepada pihak tentera dan saya setiap masa," terang Kokoci panjang lebar.
"Betul ke yang kami boleh menyimpan Boboiboy?!" soal Amato yang masih tidak percaya.
"Ya tetapi untuk dua bulan. Jika Boboiboy melanggar peraturan yang ada di dalam surat itu, dia bakal diambil serta-merta." Kokoci membalas.
Amato berasa gembira dengan apa yang terjadi sekarang. "Terima kasih! Terima kasih!" ucap Amato berulang-kali.
"Ya, ya. Dan projek kau tu, kau boleh teruskan tapi jangan guna kristal itu," kata Kokoci.
"Baiklah, terima kasih banyak-banyak!" ucap Amato lagi.
"Sudah, perkara sambung kerja kamu tu. Keluar," arah Kokoci.
Amato cepat-cepat menarik Boboiboy keluar daripada pejabat milik Kokoci dengan perasaan penuh gembira. "Boboiboy dengar tak tu? Boboiboy masih boleh tinggal dengan ayah lagi!" kata Amato.
"Betul ke ni?" soal Boboiboy yang terkebil-kebil.
"Ya! Kamu boleh tinggal dengan ayah, ibu dan Tok Aba! Kamu boleh jumpa dengan kawan-kawan kamu!" balas Amato.
Boboiboy terdiam seketika, sesuatu perasaan menyelubungi dirinya. "Jadi Boboiboy boleh pergi sekolah balik?" soal Boboiboy.
"Sudah tentu!" balas Amato.
"Hari ni juga boleh?" soal Boboiboy lagi.
"Boleh tapi sekarang dah lambat, jadi kamu duduk di sini sa.." Amato tidak dapat menghabiskan kata-katanya apabila Boboiboy terus berlari meninggalkan dia.
YOU ARE READING
He Is Not Robot [Mechamato x BBB Malay Fanfiction]
FanfictionAmato, merupakan seorang jurutera dan suami yang berjaya. Menginginkan anak itu adalah sebuah lumrah tetapi rezekinya tidak ditunaikan apabila diterima khabar yang isterinya tidak dapat menimangkan cahaya mata. Sedih atas khabar tersebut, Amato mend...