Data 8- Ujian Mengejut

134 21 2
                                    

Setiap pagi, Boboiboy mula menjadi biasa untuk berjalan kaki ke sekolah bersama Gopal. Pada mulanya Amato berasa risau jika sesuatu berlaku kepada Boboiboy tetapi isterinya membenarkan Boboiboy untuk berjalan dengan Gopal dan memujuk suaminya itu, ianya berjaya.

"Kau dah siap ke kerja sekolah semalam?" soal Gopal sambil mulutnya sibuk mengunyah donut gula.

"Dah, matematik betul?" kata Boboiboy pula.

"Boleh aku pinjam buku kau?" soal Gopal lagi.

"Boleh?" Boboiboy menelengkan kepalanya.

"Boboiboy! Gopal!" Tiba-tiba seseorang memanggil nama mereka berdua membuatkan mereka menolehkan kepala mereka.

"Oh hai, Yaya! Kau tak tugas ke hari ni?" kata Gopal.

"Tak, lagipun aku tolong mak aku jual kuih! Aku bawa sikit ni, nak rasa?" Yaya membuka bekas makanan yang berisi beberapa biji kuih.

"Oh, ni nampak sedap!" Gopal mengambil sepotong kek yang berwarna kemerahan dan terus memakannya.

"Pedas! Pedas!" jerit Gopal, Boboiboy terkejut.

"Kek apa ni?!" soal Gopal dalam kesakitan.

"Kek asam pedas!" balas Yaya dengan ceria.

"Kek asam pedas?!" Gopal terkejut.

"Sedap ke? Macam mana rasanya?" Boboiboy terkebil-kebil.

"Kau tak pernah makan asam pedas ke?" Yaya pula keliru.

"Tidak," balas Boboiboy dengan polos.

"Kau biar betul ni?! Mak kau tak pernah masak asam pedas ke?!" soal Gopal, terkejut dengan kata-kata Boboiboy itu.

"Tak? Mungkin pernah?" kata Boboiboy dengan jawapan yang mengelirukan.

Gopal dan Yaya memandang antara satu sama lain dengan wajah kekeliruan.

"Apa-apalah, kau cuba rasa ni! Sedap," kata Yaya sambil menghulurkan kek asam pedas itu.

Boboiboy menganalisis kek itu buat sementara waktu sebelum mengambilnya tanpa bertanya apa-apa lagi dan memasukkan ke dalam mulutnya. Gopal dan Yaya merenung ke arah wajah Boboiboy dengan penuh tanda tanya.

"Sedap tapi lidah saya terasa sikit sakit?" Boboiboy mengerutkan keningnya sedikit, keliru dengan kek yang dirasainya.

"Apa?! Sedap?!" Gopal terkejut dengan jawapan Boboiboy itu.

"Ya," balas Boboiboy, Gopal terdiam kerana sepertinya Boboiboy tidak bergurau dengan jawapannya.

"Akhirnya ada yang suka dengan kek asam pedas mak aku! Makanlah lagi, makan banyak-banyak!" kata Yaya dengan perasaan teruja.

"Tak apa ke?" soal Boboiboy.

"Tak apa, aku memang bawa untuk korang semua! Ada kuih apam tempoyak dan juga biskut kari," balas Yaya sambil menunjukkan setiap kuih dan biskut yang berada di dalam bekas itu.

"Kuih apam tempoyak?!" Gopal tercengang, semakin gila resepi kuih dan biskut Yaya ini tetapi Boboiboy merasai setiap kuih dan biskut tersebut tanpa menunjukkan apa-apa perasaan.

Semakin tercengang Gopal apabila Boboiboy selamba menikmati makanan yang disediakan oleh Yaya itu.

"Dey! Kau ngan mak kau ada kedai kek tapi resepi apa ni?!" marah Gopal.

"Ini cuma resepi uji kaji! Kalau tak nak, tak apalah!" balas Yaya sambil mencebik marah.

"Yaya! Gopal! Boboiboy!" Tiba-tiba suara seseorang menarik perhatian mereka bertiga, ternyata Ying sedang berlari ke arah mereka.

He Is Not Robot [Mechamato x BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now