"Mechabot! Aktifkan sistem pelindungan!" jerit Amato.
"Baik, tuan!" balas Mechabot.
Pemilik mata tersebut berlari pantas ke arah Amato tetapi nasibnya baik apabila Mechabot mengaktifkan sistem pelindungan dan melindungi Amato serta rakan sekerjanya. Sosok bermata merah itu cuba untuk menghancurkan sistem itu tetapi tidak berjaya, tiba-tiba enam pasang mata yang mempunyai warna berbeza muncul di dalam kegelapan makmal itu. Terlihat ketujuh-tujuh mata itu mengelilingi mereka.
"Apa yang jadi ni?!" soal Amato.
"Mengesan," kata sosok bermata kuning keemasan dan sinaran hologram muncul di matanya, mengesan badan Amato.
"Amato, pencipta ACP (Android Children Project). Tidak merbahaya, berhenti." Mengikuti kata-kata sosok bermata kuning keemasan itu, sosok bermata merah itu berhenti menyerang.
"Maaf," ucap sosok bermata kuning keemasan itu dengan nada yang sangat kekok, tiba-tiba enam pasang mata menghilang menjadi seperti bebola cahaya dan memasuki badan sosok bermata kekuningan itu.
Amato terkebil-kebil, masih terkejut dengan apa yang terjadi manakala sosok misteri itu berdiri tegak di hadapannya dan memandang ke arahnya.
"Mechabot, aktifkan lampu kecemasan." Amato membuka mulutnya.
"Lampu kecemasan diaktifkan," kata Mechabot dan setiap lampu kecemasan makmal dinyalakan satu per satu.
Terlihat sosok lelaki berbadan remaja berdiri di hadapannya dengan wajah datar, rupanya hampir menyerupai wajah manusia tetapi hanya ada satu masalah sahaja, dia berbogel.
"Tutup mata kau, Mara!" kata Pian sambil menutup mata Mara dengan kain.
"Apa dia?! Apa dia?!" soal Mara dengan keadaan keliru.
"Menarik," kata Amato dengan penuh tertarik, dia berjalan mengelilingi remaja lelaki itu.
"Rambut betul ke ni?" Amato menyentuh rambut remaja itu, Amato terkejut kerana rambut tersebut sangat lembut seperti rambut manusia.
"Siapa kau?" soal Amato.
"Saya merupakan ciptaan tuan," kata remaja itu, Amato terdiam.
"Nanti kejap, kau android ACP?" soal Amato.
"Ya, tuan." Remaja itu membalas.
"Projek inj berjaya! Ianya berjaya!" kata Amato dengan teruja.
"Terima kasih kepada tuan, saya dapat hidup. Tenaga dari kristal mineral elemen membantu saya untuk diaktifkan," kata remaja itu.
"Nanti kejap, apa dia? Apa yang aktifkan kau?" soal Amato seperti tidak percaya.
"Tenaga dari kristal mineral elemen," balas remaja itu lagi.
"Oh tidak!!" jerit Amato manakala remaja itu menelengkan kepalanya ke kiri, berasa hairan.
"Ya, sepertinya cecair ini mempunyai campuran kristal mineral elemen di dalamnya." Mechabot mengesan balang gergasi itu."Siapa yang terakhir keluar dari makmal ini?!" soal Amato sambil menundingkan jarinya ke arah rakan kerjanya.
"Bukan aku," kata Deep.
"Bukan aku juga," kata Pian.
"Bukan aku," kata Mara pula.
"Habislah kalau pihak atasan tahu pasal ini," kata Amato.
"Saya mengesan yang jantung tuan sekarang ini berdegup kencang," celah remaja itu.
"Saya tengah risau okay?" kata Amato, dia mengeluh.
YOU ARE READING
He Is Not Robot [Mechamato x BBB Malay Fanfiction]
FanfictionAmato, merupakan seorang jurutera dan suami yang berjaya. Menginginkan anak itu adalah sebuah lumrah tetapi rezekinya tidak ditunaikan apabila diterima khabar yang isterinya tidak dapat menimangkan cahaya mata. Sedih atas khabar tersebut, Amato mend...