Seseorang menonton semula rakaman CCTV dimana kejadian letupan berlaku di makmal milik Amato, dia memainkan semula ke depan dan ke belakang di mana Boboiboy memunculkan dirinya melalui rakaman night vision kerana makmal tersebut gelap pada waktu kejadian itu. Sosok misteri itu memandang ke arah wajah Boboiboy bersama enam lagi rupa yang sama di waktu kejadian itu.
"Nampaknya kau cuba rahsiakan sesuatu, Amato." Sosok misteri itu bersuara dan memandang tepat ke arah Boboiboy.
Sementara itu, Boboiboy dan Gopal sedang sibuk berada di kedai milik Tok Aba. Mereka membantu lelaki tua itu menguruskan kedai itu.
"Boboiboy?" Tok Aba memanggil Boboiboy ke mari.
"Ya, tok?" Boboiboy berjalan ke arah Tok Aba.
"Belikan barang ni untuk atok," kata Tok Aba lalu menghulurkan sekeping kertas, Boboiboy mengambilkan kertas itu dan memandang ke arahnya.
"Kamu boleh buat?" soal Tok Aba, Boboiboy sekadar menganggukkan kepalanya.
"Boleh saya ikut, Tok Aba?" soal Gopal.
"Tak payah! Kamu tolong kat sini," bantah Tok Aba.
"Alahhh!" rungut Gopal.
"Pergilah, jangan lambat-lambat lagi." Mengikuti kata-kata Tok Aba, Boboiboy terus berjalan untuk membeli barang tersebut.
Boboiboy menganalisis tulisan pada kertas itu, senarai-senarai yang perlu dibeli adalah tiga paket serbuk koko, lima tin susu pekat dan dua paket gula. Boboiboy menatap jam tangannya dan terus pergi ke kedai runcit berdekatan. Sesampai di kedai itu, Boboiboy terus mengambil barang-barang tersebut mengikut kuantiti yang ditulis pada kertas tersebut. Setelah mengambil barang tersebut, dia berjalan ke kaunter.
"Ini saja, dik?" soal pemilik kedai itu.
"Ya," balas Boboiboy dan pemilik kedai itu membungkus barang-barang itu dan Boboiboy terus membayar barang-barang itu.
"Boleh bawa ke? Berat tu," soal pemilik kedai, risau yang Boboiboy tidak dapat mengangkat barang-barang yang terlihat berat itu.
"Boleh," balas Boboiboy dan dia mengangkat plastik tersebut dengan mudah seperti barang-barang tersebut ringan seperti bulu ayam, pemilik kedai itu terpegun.
Boboiboy berjalan balik ke kedai milik Tok Aba dengan barang-barang tersebut, tiba-tiba Boboiboy terdengar bunyi enjin motor yang bergerak bersebelahan dengannya.
"Sorang je ke?" soal Fang yang menaiki motor berwarna keunguan.
"Ya," balas Boboiboy.
"Naiklah, aku hantarkan kau. Nampak banyak sangat barang tu," kata Fang.
"Tak apa ke?" soal Boboiboy sambil menelengkan kepalanya.
"Naik jelah," kata Fang dan Boboiboy menuruti kehendak Fang lalu membonceng belakang Fang.
Fang memnawa motornya laju ke kedai milik Tok Aba manakala tiba-tiba dua pasang mata berselindung di belakang sebuah bangunan, mengintip Boboiboy dari jauh.
Di Kedai Tok Aba, terlihat Gopal sibuk berbual dengam Tok Aba tetapi perbualan mereka terganggu kerana enjin motor milik Fang itu.
"Hah! Dah balik pun Boboiboy," kata Tok Aba.
Boboiboy menuruni motor Fang manakala Fang menanggalkan topi keledarnya dan memperbetulkan rambutnya yang kusut kerana topi keledar itu.
"Ini barang yang atok nak," kata Boboiboy lalu meletakkan barang-barang tersebut di atas kaunter.
"Bagus, bagus. Atok ingat kamu tak tahu nak beli kat mana," puji Tok Aba.
"Tok Aba, coklat ais satu!" pesan Fang.
YOU ARE READING
He Is Not Robot [Mechamato x BBB Malay Fanfiction]
FanfictionAmato, merupakan seorang jurutera dan suami yang berjaya. Menginginkan anak itu adalah sebuah lumrah tetapi rezekinya tidak ditunaikan apabila diterima khabar yang isterinya tidak dapat menimangkan cahaya mata. Sedih atas khabar tersebut, Amato mend...