Data 11- Berpecah

153 24 6
                                    

Boboiboy keliru apabila Amato sibuk memeriksa badannya lagi dan lagi, sekarang ini Boboiboy berada di dalam makmal kajian milik Amato kerana Amato dan rakan sekerjanya ingin memeriksa sesuatu terhadap Boboiboy.

"Boboiboy, Boboiboy masih ingat semalam semasa Boboiboy overheated?" soal Amato.

Boboiboy menggelengkan kepalanya. "Tetapi mungkin itu salah satu klon sistem keselamatan Boboiboy," balas Boboiboy, Boboiboy kali ini kedengaran datar seperti biasa.

"Klon?! Boboiboy ada klon?!" soal Deep sambil menolak Amato ke tepi sehingga lelaki itu hampir hilang keseimbangannya.

"Jangan tolak akulah!" marah Amato.

"Boboiboy boleh berpecah juga," kata Boboiboy.

"Boleh kami tengok?" soal Pian pula.

"Boleh," balas Boboiboy lalu secara tiba-tiba badannya bercahaya, menyilau mata sesiapa sahaja melihatnya.

"Terangnya!" kata Pian sambil menutup matanya.

Perlahan-lahan tujuh sosok berjalan keluar dari cahaya tersebut dan berbaris di hadapan Amato dan rakan sekerjanya.

"Wow," kata Amato, Pian, Deep dan Mara dengan penuh keterujaan.

Terdapat tujuh Boboiboy tetapi walaupun mempunyai rupa yang mirip, mereka bertujuh mempunyai warna baju dan mata yang berbeza.

"Ini ayah kita?! Apa khabar!" kata Boboiboy bermata biru gelap, menggoncang tangan Amato dengan penuh teruja.

"Ini Taufan," terang Gempa, Boboiboy bermata kuning keemasan.

"Hello, Taufan. Kamu agak teruja bagi seorang robot," kata Amato.

"Dan kau siapa pula?" soal Deep, memandang ke arah Gempa.

"Saya Gempa, teras utama Android Children Project ini," kata Gempa lalu menunduk hormat.

"Dia kedengaran jauh lebih robot, aku yakin dia Boboiboy," kata Pian sambil mengusap dagunya.

"Ya, sebab saya teras utamanya. Segala sistem di dalam badan Boboiboy akan dikawal oleh saya," kata Gempa.

Halilintar berdecit. "Kenapa kita kena tunjuk semua benda ni kat manusia-manusia lemah ni?" kata Halilintar dengan penuh dingin, terdiam kaku Amato dan rakan sekerjanya apabila Halilintar bersuara.

"Halilintar, percakapan." Gempa memandang ke arah Halilintar, Halilintar terus menoleh.

"Halilintar takut Gempa, cuma Gempa sahaja yang Halilintar dengar," kata Taufan.

"Oh, nampaknya Gempa sememangnya penting untuk kamu semua?" soal Amato.

"Ya! Jika sesiapa bunuh kami selain Gempa, kami boleh hidup semula tetapi jika Gempa mati, kami pun mati!" kata Duri dengan penuh polos.

"Kamu jangan cakap macam tu!" cantas Amato.

"Kenapa?" soal Duri, menelengkan kepalanya.

"Kematian untuk manusia adalah amat sakit dan menyedihkan. Ya, kematian itu pasti untuk manusia tetapi ianya susah untuk diterima," terang Mara.

"Oh, faham!" kata Duri dengan ceria.

"Kamu ni comel sangatlah!" kata Mara sambil mencubit pipi gebu Duri.

"Menarik, mereka semua berperwatakan berbeza," omel Amato sambil mencatit di dalam buku notanya.

"Kami mungkin mempunyai personaliti berbeza tetapi kami cuma mempunyai satu emosi mengikut prosedur kami," celah Gempa.

He Is Not Robot [Mechamato x BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now