SKY tersedar dari pengsannya lalu matanya perlahan-lahan dicelikkan.
"Argh"
Sky mengerang kesakitan pada tangannya dan lutut akibat dilanggar oleh anak buah Jean.
"Aku kat mana ni, sial?"soal Sky sambil cuba melepaskan diri namun dirinya terikat ketat pada kerusi besi yang didudukinya.
Sky melihat sekeliling bilik tersebut yang seperti bangunan tinggal.
"Aku dalam cerita hantu ke sial?"soal Sky.
Pak! Pak! Pak! Pak!
Sky terdengar bunyi tepukan.
"Halah, hantu mana pulak main tepuk-tepuk ni, dahlah gelap"kata Sky lalu tiba-tiba lampu terbuka.
"Uii ada lampu lah"kata Sky sebaik sahaja lampu terbuka.
"Bagus kau dah sedar"kata satu suara garau lalu Sky menoleh dan terkejut.
"J-jean?"
"Yes aku Jean, kenapa? Terkejut aku hidup?"soal Jean sinis sambil menghampiri Sky.
"Macam mana..-"percakapan Sky dipotong oleh Austin.
"Hidup? Sebab dia yang bunuh semua keluarga Daylen termasuk mak bapak kau"kata Austin lalu ketawa.
Sky terkedu mendengar jawapan Austin lalu memandang wajah Jean.
"Betul ke apa dia cakap? Kau bunuh mama dengan papa"soal Sky mendatar.
"Memang betul pun cuma mama dan papa kau je bukan aku sebab aku ni cuma anak angkat yang menumpang dalam keluarga kau"kata Jean sinis.
"Sial kau Jean!"kata Sky cuba bergerak namun terbatas kerana kecederaan yang dialaminya.
Buk!
Wajah Sky ditumbuk menyebabkan dia terteleng ke kanan dan mulutnya mengeluarkan darah.
"Kau tak boleh buat apa-apa, Sky Daylen. Sebab kalau kalau kau buat apa-apa pun, orang aku dengan Jean akan bunuh kau serta merta"kata Austin.
"Kau takkan terlepas, Jean"kata Sky.
"Aku? Hahahahahaha, kau ni kelakar lah Sky"kata Jean lalu merentap rambut Sky menyebabkan Sky mendongak memandang Jean.
"Ayat tu patut tuju pada kau sebab aku akan seksa kau dulu sebelum aku bunuh kau"kata Jean.
"Puih"
Sky meludah pada wajah Jean lalu Jean menumbuk wajah Sky.
"Kurang ajar"kata Jean sambil mengelap kesan ludah Sky pada wajahnya.
Buk! Buk! Buk!
Jean menumbuk wajah Sky beberapa kali sehingga banyak darah mengalir keluar dari mulut lelaki itu.
"Dah, Jean. Jom gerak, kita ada kerja"kata Austin lalu keluar dari bilik tersebut.
"Kau jangan cuba nak lari sebab kalau kau lari pun kau tetap akan mati kat tangan aku, Sky"kata Jean sambil menampar wajah Sky beberapa kali.
"Korang pastikan dia ni tak lari and pastikan dia terseksa sampai aku datang sini lagi"kata Jean pada anak buahnya.
"Baik Tuan"sahut mereka serentak lalu Jean melangkah keluar dari bilik itu.
Beberapa anak buah Jean melangkah mendekati Sky.
"Inikah assassin terbaik STORM FAMILY?"soal lelaki itu sambil menampar wajah Sky.
"Aku akan pastikan korang menyesal"kata Sky mendatar.
Buk!
Wajah Sky ditumbuk oleh salah seorang dari mereka.
YOU ARE READING
SKY DAYLEN: THE ASSASSIN
RomantikSTORM Series | 2 Pertemuan tanpa sengaja di satu tempat tidak dijangka telah menimbulkan satu rasa yang sudah lama tidak Zya Larissa rasakan saat Sky Daylen muncul di hadapannya. Sejak itu, Zya tidak berhenti untuk mengejar lelaki itu. Padanya, dia...