𝐒𝐊𝐘𝐙𝐘𝐀| 12

2.9K 199 3
                                    

ZYA berlari mendapatkan Sky yang dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri lalu Zya merasakan nadi Sky.

"Nadi dia lemah"kata Zya perlahan.

"Ya Allah, ayang, don't die. Kita tak kahwin lagi, ngorat awak pun belum lagi"kata Zya sambil menekup wajah Sky dengan kedua belah tangannya, 'sempat lagi tu'

"Cik muda!"panggil Caspian lalu Zya menoleh.

"Caspian!"jerit Zya lalu Caspian berlari ke arah Zya dan Sky.

"Tolong saya angkat Sky, dia lemah ni"arah Zya.

"Baik, cik muda"balas Caspian lalu membuka ikatan Sky dan memapah Sky bersama Zya.

"Kita nak bawak dia ke hospital ke macam mana ni?"soal Caspian.

"Kita bawak dia balik rumah and panggil doktor datang untuk buat rawatan"kata Zya lalu Caspian menurut.

Sampai sahaja mereka di tingkat bawah, Finn terus berlari memapah Sky menggantikan Zya.

"Semua kita dah uruskan, cik muda"kata Finn.

"Bagus, jangan tinggalkan kesan"arah Zya.

"Baik, cik muda"kata Finn.

"Let's move, kita balik rumah sekarang"kata Zya.

"Tuan Sky ni macam mana?"soal Finn.

"Kita bawak dia balik rumah, rawat kat sana"kata Caspian sambil memasukkan Sky ke dalam kereta.

Finn menganggukkan kepala sebelum menaiki kereta dibelakang kereta Zya.

Mereka berlalu pergi dari kawasan bangunan terbiar itu lalu Zya memberikan isyarat pada Caspian.

Boom!

Bangunan tersebut meletup bersama mayat yang berada di dalam bangunan tersebut.

Zya memandang Sky yang dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri itu lalu tangannya mengusap wajah yang dibasahi darah itu.

"Maaf saya lambat, ayang"kata Zya sambil mengalirkan air mata membuatkan Caspian terkejut kerana sudah lama dia tidak melihat Zya menangis.

"Jangan risau, cik muda. Dia akan selamat"pujuk Caspian lalu Zya menganggukkan kepala.



ZYA mundar mandir di hadapan bilik Sky dirawat manakala Caspian duduk berpeluk tubuh memerhatikan cik mudanya bersama Finn.

"Jarang saya tengok cik muda macam ni"bisik Finn.

"Jangan risau, aku pun sama"balas Caspian berbisik.

"Mana doktor ni, dia rawat ke buat jamban"kata Zya geram.

"Sabar cik muda, doktor tengah rawat Sky"kata Caspian.

"Mana boleh sabar, my future husband dalam ni tau"kata Zya.

"Insyaallah dia selamat cik muda"kata Finn, ' cik muda aku ni pun tak rileks'

Beberapa minit kemudian, doktor keluar dari bilik Sky.

"Macam mana keadaan ayang saya doktor?"soal Zya.

"Alhamdulillah dia tak apa-apa, cuma cedera di bahu dan lutut. Also, dia perlu berehat memandangkan keadaan dia agak lemah kerana tak makan"terang doktor itu.

"Alhamdulillah, ayang baby selamat"kata Zya sambil menarik nafas lega.

"Bila Tuan Sky akan sedar doktor?"soal Caspian.

"Haah doktor, bila dia akan sedar?"soal Zya ingin tahu.

"Mungkin esok atau lusa, bergantung pada dia"jelas doktor lalu mereka menganggukkan kepala.

SKY DAYLEN: THE ASSASSIN Where stories live. Discover now