𝐒𝐊𝐘𝐙𝐘𝐀| 27

2.9K 175 6
                                    

"ARIES, jom naik tidur, Aries penat kan?"soal Inara pada Aries yang sudah mengantuk lalu dia memimpin Aries menaiki tangga dan menuju ke biliknya.

"Aku naik dululah nak rehat"kata Aziel lalu naik diikuti Jace dan Dion.

Puan Fay dan Tuan Marcus sudah masuk ke bilik dahulu untuk berehat selepas selesai majlis resepsi.

"Mana bini kau, Sky?"soal Theo.

"Yang kau sibuk tanya bini aku kenapa?"soal Sky.

"Yelah, bini kau kan kerja menempel je dengan kau"celah Triston sambil duduk di sofa sebelah Theo.

"Aku suruh bini aku naiklah rehat"kata Sky.

"Habis kau buat apa lagi kat sini?"soal Arslan.

"Asal pulak aku tak boleh lepak sini?"soal Sky mengerutkan dahi.

"Kan malam ni malam kau"kata Triston.

"Malam aku?"soal Sky tidak faham.

"Malam pertamalah bingai"kata Arslan geram lalu Sky terkedu.

"Kau taknak? Biar aku yang naik"kata Theo.

Pap!

"Akhh! Aduh!"jerit Theo apabila kepalanya ditampar oleh Sky.

"Kau jangan macam-macam eh, aku libas muka kau kang"kata Sky.

"Dah tu pergilah naik"kata Theo.

"Nak naiklah ni babi"kata Sky.

"Sky"panggil Triston lalu Sky menoleh.

"Just nak beritahu, jangan kuat sangat, aku nak tidur"celah Theo.

"Sial punya anak pungut"kata Sky lalu Theo dan Triston ketawa serentak manakala Arslan menggelengkan kepala sebelum bangun menuju ke biliknya.

"Singa Narnia,nak pergi mana?"soal Triston.

"Aku nak tidur, layan korang sampai kiamat tak habis"kata Arslan lalu berjalan meninggalkan mereka berdua.

"Eee berlagaknya singa Narnia tu"kata Theo.

"Nama pun singa, memang lah berlagak"kata Triston.



SKY menarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu biliknya dan Zya.

Sky membuka pintu lalu matanya melilau mencari kelibat Zya.

"Mana pulak dia ni?"soal Sky lalu dia terdengar pintu bilik air.

Sky menelan air liur melihat Zya keluar dengan memakai baju tidur satin berwarna merah jambu paras lutut dengan bahu terdedah sambil mengelap rambutnya yang panjang paras bahu.

Zya yang perasan dirinya diperhatikan terus menoleh ke arah Sky yang memandangnya tanpa berkelip, terbit senyuman nakal di bibir Zya.

"Ayang?"panggil Zya menggoda.

"Hah? Hah"respon Sky tersentak apabila ditegur oleh Zya lalu dia menggelengkan kepala beberapa kali.

"Ayang kenapa?"soal Zya menghampiri Sky lalu dia merangkul leher suaminya.

Sky terkedu apabila wajah Zya betul-betul rapat dengan wajahnya.

Sky meneliti setiap inci wajah isterinya, cantik dengan kulit putih kemerahan, bibir yang seksi, mata berwarna hazel dengan rambutnya yang dibiarkan lepas, 'huish tergugat aku'

"Ayang?"panggil Zya lembut sambil tangan sebelahnya bermain dengan rambut Sky lalu Sky sedar lamunannya.

"Hah? Ni apa, aku nak mandi"kata Sky sambil memandang ke arah lain.

SKY DAYLEN: THE ASSASSIN Where stories live. Discover now