2014

3 0 0
                                    

  Hari ini hari ulang tahun kelahiran Jaewon yang ke-10. Hari ini juga genap sebulan sejak Chaeyeon berpindah dari rumahnya untuk tinggal bersama ibu bapa saudaranya. Chaeyeon tinggal bersama ibu bapa saudaranya selepas ibunya mati bunuh diri. Puan Kim bunuh diri kerana tidak dapat terima hakikat suaminya sudah tiada. Encik Shin dan Puan Shin pula masih dihantui perasaan bersalah. Hal ini demikian kerana Chaeyeon kehilangan kedua-dua orang tuanya disebabkan mereka berdua. Pada malam hari ulang tahun kelahiran Jaewon yang ke-10 Encik Shin dan Puan Shin mengadakan majlis hari jadi untuk anak tunggal mereka. Jaewon rasa sangat gembira walaupun majlis hari jadi itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Malangnya kegembiraan Jaewon tidak kekal lama selepas Encik Shin dan Puan Shin mati dibunuh oleh seorang gadis berusia dalam lingkungan 20-an yang muncul entah dari mana.

D-DAY [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now