"Tapi aku tetap tak berani lakukannya" tegas Chaeyeon. "Aku berani dan tahu bagaimana caranya untuk bunuh mak bapak Jaewon tanpa kantoi" ujar Yeonchae. Sementara itu di rumah ibu bapa saudara Jaewon; usai mandi dan memakai pakaian tidur Jaewon menghempaskan dirinya ke atas katil. "Jadi betul lah perempuan tu Kim Chaeyeon yang aku kenal. Tapi kenapa muka dia macam pembunuh mak bapak aku 10 tahun yang lalu?" Jaewon berpendapat wajah Chaeyeon yang berumur 20 tahun saling tidak ubah seperti wajah pembunuh kedua-dua orang tuanya. "Andai kata dia bukan Chaeyeon yang aku kenal dan memang pembunuh mak bapak aku dia sepatutnya nampak tua memandangkan 10 tahun dah berlalu" bisik hati kecil Jaewon lagi. Keesokan harinya Jaewon kembali ke Wave Cafe kerana dia ingin siasat latar belakang Chaeyeon. Malangnya Chaeyeon tidak datang kerja hari ini. Yang ada hanyalah Heesoo. "Kau tak kerja hari ni?" tanya Heesoo yang kebetulan tidak sibuk. "Aku tengah kerjalah sekarang ni" jawab Jaewon. Jaewon ialah anggota polis yang bertugas di Balai Polis The Wind City. Dia seorang detektif.
YOU ARE READING
D-DAY [Malay Fanfic]
FanfictionD-Day membawa maksud berbeza bagi Jaewon dan Chaeyeon. Bagi Jaewon D-Day adalah Darkest Day. Bagi Chaeyeon pula D-Day adalah Disturbing Day. Namun maksud sebenar D-Day adalah Doomed Day bagi Jaewon dan Chaeyeon yang bertemu semula selepas 10 tahun '...