2019

3 0 0
                                        

  Hari ini hari kedua terakhir sebelum cuti sekolah seminggu tamat. Hari ini juga Chaeyeon dan ibu bapa saudaranya yang bercuti di kampung akan pulang ke bandar. Namun tiga jam sebelum bertolak pulang berlaku kejadian di luar dugaan. Nenek batuk berdarah. Ibu bapa saudara Chaeyeon pula terpaksa bawa Nenek ke hospital walaupun Nenek enggan ke sana. Chaeyeon pula ditinggalkan sendirian kerana dia diminta jaga rumah. Sekiranya tidak diminta jaga rumah sekalipun Chaeyeon tetap tidak mahu ikut ibu bapa saudaranya ke hospital. Chaeyeon yang kini bersendirian mengambil kesempatan yang ada untuk masuk ke dalam bilik stor bawah rumah. Sejak hari pertama berada di kampung lagi Nenek melarang Chaeyeon masuk ke dalam bilik stor tersebut. Namun Chaeyeon yang terkenal dengan sifat degilnya sejak kecil masuk juga ke dalam bilik stor itu. Tiada apa di dalam bilik stor itu kecuali buku aneh yang bernama Separate Book.

D-DAY [Malay Fanfic]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang