Jaewon dan Heesoo lepak berdua di taman permainan. Malangnya mereka berdua tidak dapat lepak lama kerana cuaca sudah mendung. Bila-bila masa sahaja hujan boleh turun. Jaewon mendongak ke langit lalu bertanya sesuatu kepada Heesoo. "Bila besar nanti kau nak jadi apa?" "Jadi gembira" balas Heesoo pendek. "Maksud aku cita-cita kau" kata Jaewon. "Aku nak jadi gembira tak kisahlah apa kerja aku bila besar nanti" jelas Heesoo. "Kau memang pelik Heesoo. Sebab tu aku suka kawan dengan kau" kata Jaewon. "Kau pulak nak jadi apa?" tanya Heesoo pula. "Aku nak jadi polis supaya aku boleh cari dan hantar pembunuh mak bapak aku ke muka pengadilan"

ANDA SEDANG MEMBACA
D-DAY [Malay Fanfic]
Fiksi PenggemarD-Day membawa maksud berbeza bagi Jaewon dan Chaeyeon. Bagi Jaewon D-Day adalah Darkest Day. Bagi Chaeyeon pula D-Day adalah Disturbing Day. Namun maksud sebenar D-Day adalah Doomed Day bagi Jaewon dan Chaeyeon yang bertemu semula selepas 10 tahun '...