"Aku bangga dengan kau Jaewon. Cita-cita kau dah tercapai" kata Heesoo. "Kau gembira tak kerja kat sini?" tanya Jaewon tiba-tiba. "Aku gembira kerja kat sini walaupun memenatkan" balas Heesoo. "Maknanya cita-cita kau pun dah tercapai" ujar Jaewon. "Oh ya tadi kau kata kau tengah kerja sekarang ni. So kau cari siapa kat sini?" "Kau ada masa tak? Kalau ada masa aku nak soal siasat kau sikit pasal Chaeyeon" soalan Heesoo dibalas dengan soalan oleh Jaewon. "Aku big boss kat sini. Dah tentu aku ada banyak masa" "Kau pemilik Wave Cafe?!" Jaewon terkejut. Heesoo pula ketawa sahaja. Heesoo menjemput Jaewon duduk di satu tempat lalu bertanya; "Kenapa kau nak soal siasat aku pasal Chaeyeon?". "Muka Chaeyeon sebijik macam muka pembunuh mak bapak aku" balas Jaewon. "Apa maksud kau muka Chaeyeon sebijik macam muka pembunuh mak bapak kau?" Heesoo terperanjat. "10 tahun berlalu tapi sampai bila-bila pun aku takkan lupa wajah pembunuh mak bapak aku" tegas Jaewon. "Jadi kau nak tahu apa pasal Chaeyeon?" tanya Heesoo. "Selain nama penuh dan umur apa lagi kau tahu tentang Chaeyeon?". "Dia tinggal dengan mak bapak saudaranya selepas mak bapak dia meninggal dunia 10 tahun yang lalu" jawapan Heesoo mengejutkan Jaewon. "Tak salah lagi dialah Chaeyeon yang aku kenal sejak 10 tahun yang lalu. Tapi kenapa muka dia dan muka pembunuh mak bapak aku sama gila?" Jaewon hairan. Heesoo terkejut lalu bertanya "Kau kenal Chaeyeon sejak kecik lagi?". "Walaupun kami berdua tak rapat aku kenal dia dan mak bapak dia sejak tahun 2014" balas Jaewon. "Ada dua je penjelasan kenapa muka Chaeyeon dan muka pembunuh mak bapak kau sama gila. Satu logik. Satu lagi tak logik. Yang logik; Chaeyeon dan pembunuh mak bapak kau pelanduk dua serupa. Yang tak logik; Chaeyeon dari tahun 2024 kembali ke tahun 2014 untuk bunuh mak bapak kau" Heesoo menyatakan teorinya. "Chaeyeon dari tahun 2024 kembali ke tahun 2014?"
Malam hari yang sama; "Aku setuju dengan rancangan kau semalam. Tapi kau yakin kau boleh buat macam tu?" tanya Chaeyeon. "Jangan pandang rendah pada Kejahatan macam aku Chaeyeon" kata Yeonchae dengan nada berlagak. "Macam mana aku nak umpan Jaewon jumpa aku? Kami berdua dahlah strangers" Chaeyeon bingung. "Mintak nombor telefon Jaewon dari Heesoo. Aku yakin semalam diorang berdua bertukar nombor telefon. Bila dah dapat nombor telefon Jaewon tahulah aku nak buat apa" arah Yeonchae. Sementara itu; "Chaeyeon nak jumpa aku untuk minta maaf depan-depan? Tapi apa salah dia kat aku?" Jaewon hairan membaca isi kandungan mesej Whatsapp Chaeyeon. "Jangan pergi jumpa Chaeyeon esok" kata seseorang. Jaewon terkejut melihat entiti miripnya berdiri di hujung katil. "K-K-Kau siapa?" "Pertemuan kau dan Chaeyeon pada esok hari akan ubah segalanya" kata 'Another Jaewon' sebelum ghaib perlahan-lahan. Jaewon terjaga dari tidur. "Mimpi rupanya" Jaewon tertidur selepas baca mesej Whatsapp dari Chaeyeon. Namun dia sendiri tidak sedar sejak bila dia tertidur. "Pertemuan aku dan Chaeyeon pada esok hari akan ubah segalanya? Apa yang akan berubah?"
Keesokan harinya Jaewon dan Chaeyeon bertemu di belakang Wave Cafe. Jaewon hairan mengapa Chaeyeon hendak bertemunya di belakang dan bukannya di dalam Wave Cafe. Chaeyeon mendongak ke langit mendung dan berkata "10 tahun yang lalu aku kehilangan bapak aku pada hari macam ni. Pada hari macam ni jugaklah mak aku bunuh diri. Semuanya berpunca dari mak bapak kau Jaewon". "Kau tak boleh salahkan mak bapak aku Chaeyeon. Ini semua ketentuan takdir" tegas Jaewon. "Dan hari ini jugaklah aku akan tentukan takdir kau" kata Chaeyeon sebelum 'selam masuk' ke dalam badan Jaewon. Chaeyeon, yang telah bergabung dengan Yeonchae, kembali ke hari ulang tahun kelahiran Jaewon yang ke-10. Chaeyeon kembali ke hari tersebut kerana menurut Yeonchae itulah Darkest Day dalam hidup Jaewon. Semasa masih berada di tahun 2024 Yeonchae mendekati Jaewon yang sedang berkonfrontasi dengan Chaeyeon. Yeonchae sentuh dahi Jaewon untuk mencari Darkest Day dalam hidup Jaewon. Tujuan Chaeyeon kembali ke tahun 2014 hanyalah satu; untuk meragut nyawa ibu bapa Jaewon. Yeonchae mencadangkan Chaeyeon bunuh Encik Shin dan Puan Shin di masa lampau atas dua sebab. Pertama; supaya Chaeyeon tidak ditangkap. Kedua; supaya Jaewon rasa apa yang Chaeyeon rasa apabila kehilangan ibu bapa di usia kanak-kanak.
YOU ARE READING
D-DAY [Malay Fanfic]
FanfictionD-Day membawa maksud berbeza bagi Jaewon dan Chaeyeon. Bagi Jaewon D-Day adalah Darkest Day. Bagi Chaeyeon pula D-Day adalah Disturbing Day. Namun maksud sebenar D-Day adalah Doomed Day bagi Jaewon dan Chaeyeon yang bertemu semula selepas 10 tahun '...