Encik Kim, Puan Kim, Encik Shin, dan Puan Shin ialah jiran rapat. Namun anak perempuan Encik Kim dan Puan Kim iaitu Chaeyeon tidak rapat dengan anak lelaki Encik Shin dan Puan Shin bernama Jaewon. Hal ini demikian kerana Chaeyeon berpendapat ibu bapa Jaewon banyak menyusahkan kedua-dua orang tuanya. Pada suatu hari Encik Shin demam teruk dan perlu rawatan segera di hospital. Puan Shin yang tidak tahu memandu kereta tiada pilihan selain meminta bantuan Encik Kim. Encik Kim pula sudah tentu sudi membantu jiran rapatnya itu. Memandangkan sudah lewat malam dan hujan pula masih membasahi bumi dengan lebatnya, Puan Shin meminta jasa baik Puan Kim untuk tengok-tengokkan Jaewon sementara dia menemani suaminya ke hospital. Semasa dalam perjalanan ke hospital berlaku kejadian yang tidak diingini. Encik Kim, Encik Shin, dan Puan Shin terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu Encik Kim hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu jalan. Kemalangan itu disahkan berlaku kerana jalan licin akibat hujan lebat. Encik Shin dan Puan Shin selamat dalam kemalangan tersebut. Malangnya Encik Kim tidak.
ANDA SEDANG MEMBACA
D-DAY [Malay Fanfic]
FanfictionD-Day membawa maksud berbeza bagi Jaewon dan Chaeyeon. Bagi Jaewon D-Day adalah Darkest Day. Bagi Chaeyeon pula D-Day adalah Disturbing Day. Namun maksud sebenar D-Day adalah Doomed Day bagi Jaewon dan Chaeyeon yang bertemu semula selepas 10 tahun '...
![D-DAY [Malay Fanfic]](https://img.wattpad.com/cover/343674060-64-k206568.jpg)