Bunyi pintu Wave Cafe dibuka menghentikan lamunan Chaeyeon. Chaeyeon pandang wajah pelanggan yang baru masuk itu dan terkejut. Heesoo, rakan sekerja yang paling rapat dengan Chaeyeon, meminta Chaeyeon mengambil pesanan pelanggan lelaki itu kerana dia agak sibuk ketika itu. "Encik nak minum dan makan apa?" tanya Chaeyeon. Pelanggan lelaki itu yakni Jaewon terkejut melihat Chaeyeon. "Encik nak minum dan makan apa?" Chaeyeon mengulangi soalannya. "Teh ais dan chicken chop" balas Jaewon. 5 minit kemudian; Heesoo menghantar teh ais dan chicken chop yang dipesan oleh Jaewon. Heesoo terpandang wajah Jaewon dan terkejut. "Shin Jaewon?!" tanya Heesoo. "Shin Jaewon?" walaupun Chaeyeon berada jauh dari Jaewon dan Heesoo dia masih dapat dengar nama Shin Jaewon disebut kerana suara Heesoo agak kuat. "Heesoo!" Jaewon juga teruja melihat sahabat lamanya itu. Memandangkan Heesoo tidak sibuk lagi dia curi tulang sebentar untuk berbual dengan Jaewon. Jaewon pula mengambil kesempatan yang ada untuk tanya Heesoo tentang Chaeyeon. "Nama penuh dia Kim Chaeyeon dan dia pun 04 Liner macam kita?" tanya Jaewon untuk kepastian. Heesoo angguk sahaja. 10 minit kemudian; Heesoo kembali ke dapur selepas Jaewon minta diri. "Kawan lama?" tanya Chaeyeon. "Kawan sekelas merangkap kawan baik aku masa sekolah menengah dulu" jawab Heesoo. "Dia sebaya kita rupanya. Apa nama penuh dia?" tanya Chaeyeon lagi. "Shin Jaewon" balas Heesoo pendek.

ANDA SEDANG MEMBACA
D-DAY [Malay Fanfic]
FanfictionD-Day membawa maksud berbeza bagi Jaewon dan Chaeyeon. Bagi Jaewon D-Day adalah Darkest Day. Bagi Chaeyeon pula D-Day adalah Disturbing Day. Namun maksud sebenar D-Day adalah Doomed Day bagi Jaewon dan Chaeyeon yang bertemu semula selepas 10 tahun '...