"How was your day?" Kau menyambut Kai yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Kai hanya tersenyum lalu mengucup dahi kau.
"nothing interesting." Kai berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat kecil. Sukar baginya untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya. Sebab itulah dia terpaksa melupakan buat seketika minatnya terhadap tarian kerana apa yang lebih penting ketika itu adalah mencari duit secukupnya untuk membayar bil dan sebagainya.
"awak dah makan?" Tangan kau lincah membantu Kai membuka tali lehernya, kerana kau tahu ianya sangat merimaskan Kai.
"dah." Kai tak sampai hati ingin menipu kau tetapi dia tidak mahu melihat kau terus menerus risau akan dirinya.
"oh ye ke? Saya baru je nak masak ramyun, saya ingat nak kongsi dengan awak." selama enam tahun kau mengenali Kai, kau tahu jika Kai menipu, kerana setiap kali Kai cuba berbohong, dia akan mula menggaru belakang kepalanya dan cuba mengelak daripada bertentang mata dengan kau. Dan ketika itu, itulah yang Kai lakukan pads saat dia menjawab pertanyaan kau tadi.
"awak tahukan saya tak lalu makan kalau awak takde dengan saya." Kau menarik Kai duduk di lantai di depan meja kecil yang cukup untuk dua orang sahaja.
Sejak berkahwin, Kai membawa kau tinggal di sebuah unit flat 3 tingkat. Keadaan di dalamnya tidak ubah seperti tipikal drama korea. Ruang tamunya bersambung dengan dapur dan hanya mempunyai sebuah bilik kecil. Buat masa itu ianya cukup selesa untuk kau dan Kai. Bagaimanapun Kai perlu melakukan sesuatu jika dia ingin membina keluarga. Kerana sebolehnya dia mahu kau dan bakal anak anaknya hidup senang dan keadaan rumah itu sangat tidak menepati keinginannya.
"tunggu kejap ya." Kau mula sibuk di dapur, kau meletakkan sebiji periuk yang mengandungi air yang cukup untuk 2 bungkus ramyun di atas dapur gas. Sementara menunggu air mendidih, kau duduk di sebelah Kai yang sedari tadi hanya memerhatikan segala pergerakan kau.
"i miss you~" sebaik sahaja kau melabuhkan diri di sebelah Kai, dia terus baring di lantai berbantalkan peha kau.
"i miss you too." mendengar dan mengucapkan kata kata itu tidak pernah membosankan bagi kau dan juga Kai. Hampir setiap hari, Kai akan mengucapkan kata kata cinta setiap kali dia mempunyai masa bersama kau. kadang kadang dia akan menghubungi kau ketika dia sedang bekerja, semata mata ingin mendengar suara kau. Orang ada berkata jika terlalu kerap mengucapkan kata kata manis dan ucapan cinta, ianya akan membuatkan semua itu menjadi tidak bermakna, tetapi sebaliknya bagi kau dan Kai. Selama enam tahun bercinta, di tambah pula tiga bulan berkahwin, kau tidak pernah sekali pun berasa jemu bersamanya.
Setiap malam, kau akan baring disebelah Kai di atas sebuah tilam nipis yang bertindak menjadi pelindung tubuh daripada menyentuh lantai yang sejuk. Kaki saling bertaut antara satu sama lain, tidak mahu berjauhan. Berpelukan sudah menjadi kemestian, cukup sekadar berkongsi sehelai selimut tebal yang menjadi sumber kehangatan. Bibir saling bersentuhan melepaskan lelah dan kerinduan.
Sebelum kau melelapkan mata, Kai tanpa jemu akan membisikkan 'i love you' di telinga, yang sentiasa menjadi pencetus segala mimpi indah kau. Perkara yang Kai paling suka adalah bagaimana setiap pagi kau akan mengejutkannya bangun dengan mengucup keseluruhan wajahnya. Setiap kali kau melakukannya, ianya pasti berjaya membuatkan bibirnya mengukirkan senyuman. Kadang kala Kai akan berpura pura tidur jika dia terjaga lebih awal daripada kau, semata mata ingin menunggu kau mengejutkannya dan teknik itu tidak pernah gagal. Sebaik Kai membukakan matanya, dia pula yang akan mencium keseluruh an wajah kau dan mengakhirinya dengan mengucup lembut bibir kau, memeluk erat tubuh kecil kau dan kekal berada di dalam keadaan itu untuk beberapa minit sebelum kau dan Kai menjalani hari hari seterusnya.
"Awak, saya nak tanya something boleh?" Dua bungkusan plastik ramyun di buka dan dimasukkan isinya ke dalam air mendidih. Kai membetulkan kedudukan, bersila di lantai dan mula memberi perhatian terhadap apa sahaja yang kau bakal katakan.