"Mungkin lambat sikit...malam nanti saya ambik...nae...saranghae eommoni~" Kai mengakhiri panggilan telefon tersebut, nasib baik sempat wanita itu menyampaikan pesanannya kerana bateri telefon pintar milik Kai itu sudah pun nyawa nyawa ikan, dan seperti dijangka ianya mati selang beberapa saat selepas panggilan itu berakhir.
Kai mencampak objek itu di atas meja, kemudiannya dia berjalan mendekati permukaan dinding yang paling hampir dengannya dan tanpa sebarang amaran Kai mula menghantukkan kepalanya berkali kali, sakit rasanya tapi tidak cukup untuk mendatangkan sebarang kecederaan.
Aksi Kai itu menjadi titik tumpu sepasang mata milik kawan baiknya, yang juga merangkap rakan kongsi bersama menubuhkan sebuah studio tarian, Oh Sehun namanya. Lelaki itu berusaha keras menahan tawanya daripada meletus kerana merasakan waktunya tidak bersesuaian. Melihat Kai mula hilang kewarasan bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Tapi bukankah seorang teman yang baik harus bersikap jujur. Sebab itulah Sehun tidak dapat menahan lagi emosinya, bibirnya mula mengukirkan senyuman sebelum secara tidak sengaja mencemari meja rakan baiknya itu dengan titisan airliur, mentertawakan Kai tanpa kawalan. Aksi Sehun itu menambahkan lagi denyutan dan rasa pening yang Kai alami.
_______"Omma kau ke tadi?" Sehun sebenarnya sudah dapat mengagak tanpa menanti jawapan darinya, dia cuma mahukan pengesahan.
"Mak mertua aku" Kai kembali bersikap profesional, Sehun juga sudah berbuat perkara yang sama. Itupun setelah pintu pejabat Kai diketuk berkali kali oleh salah seorang staf mereka, yang risau mendengar kekecohan yang telah mereka cetuskan.
Ketika itu merupakan waktu rehat setelah sesi sebelah pagi berakhir, kebanyakan pelajarnya terdiri daripada golongan wanita pertengahan umur dan surirumah sepenuh masa. Mereka menghadiri kelas sekadar untuk menghabiskan waktu terluang, dalam masa yang sama mendapat kebaikan seperti mengekalkan bentuk badan, kesihatan dan sebagainya. Sebelah petang pula, kelas tarian di penuhi oleh pelajar sekolah tinggi dan kolej. Jadi sebelum bermulanya sesi sebelah petang, Kai mengisi waktu terluang dengan cermat seperti mencari bahan dan idea untuk kelas seterusnya.
Tapi pada hari itu, Sehun mengganggu ketenteramannya. Bertambah malang bila ibu mertuanya memilih untuk menelefonnya ketika itu, memberi peluang bagi Sehun mempersendakan Kai, yang gagal mengawal soal kehidupan peribadinya. Alasan sehun mencemar pandangan matanya pada hari itu adalah kerana kafe yang juga milik mereka, sedang menjalani pengubahsuaian. Kafe bernama 'Dancing Prince's' itu merupakan idea yang dicetuskan oleh seorang lagi rakan baik mereka iaitu Zhang Yixing atau lebih dikenali sebagai Lay. Mereka bertiga mempunyai minat yang sama dan dengan bantuan pinjaman bank yang yakin dengan kertas kerja mereka sediakan, mampulah mereka membeli sebuah bangunan tiga tingkat. Maka wujudlah satu studio dan sebuah kafe bercitarasa moden dalam satu bangunan yang sama, dibina berdekatan kawasan urban, Seoul Korea.
"Dia paksa aku ambik isteri dengan anak aku, petang ni jugak" bukannya Kai membenci akan anak dan isterinya, dia cuma belum lagi bersedia menghadapi perubahan hormon dan emosi wanita kesayangannya itu. Kalau nak di ikutkan hatinya, saat itu juga dia menghidupkan enjin kereta, mengambil mereka berdua kerana rasa rindu yang amat sangat.
"Dah seminggu kot, memang patutlah kau ambik diorang" Sehun tiba tiba tertawa, entah kenapa dia berasa lucu dengan situasi yang dihadapi oleh rakan baiknya itu. Bibir Kai yang mula mencebik seperti anak kecil, memburukkan lagi keadaan. Bagaimanapun, bila sebatang pen hitam melayang dan kena tepat di dahinya, berkesan mendiamkan manusia itu
"Okay, okay, sorry" Kai tidak dapat mengesan keikhlasan pada nada suara Sehun bila sisa tawanya masih kedengaran.
"Kau buat aku takut nak kahwin la Jongin" secara dramatik Sehun mengesat airmatanya, akibat terlalu banyak ketawa.