Sebaik sahaja Kai tiba di rumah mertuanya, dia telah disambut oleh anak lelakinya, Taehyun. Anak kecil itu terus berlari mendapatkan appa tanpa sempat dihalang kerana sangat merindui bapanya. Kai mengalu kedatangannya dengan melutut di lantai, mendepakan kedua tangannya dan terus memeluk anaknya setelah Taehyun berada dalam dakapannya.
"i missed you so much!" Kai mencium keseluruhan wajah anaknya, mengubati rasa rindu setelah hampir seminggu tidak berjumpa.
"appa...appa..." Itu sahaja yang mampu keluar daripada mulut Taehyun yang masih kecil, terlalu muda untuk meluahkan perasaannya ketika itu.
"Hyunnie, did you miss appa?" anak kecil itu terus laju mengangguk kepalanya. Risau Kai melihatnya, takut aksinya itu mencederakan diri.
"Appa...omma...omma missed you too..." halus Taehyun bersuara, jari kecilnya menunjuk ke satu arah, menarik perhatian bapanya.
"jjinja?" Kai menghalakan pandangan pada arah yang ditunjukkan oleh anak kecil itu. Di situ, berdirinya seorang wanita di muka pintu, mukanya masam mencuka, tangan disilangkan ke dada. Berbeza pula dengan Kai, senyumannya semakin lebar setelah nampak susuk tubuh wanita kesayangannya berada di depan mata. Terubat sedikit rindu, tak sabar rasanya Kai mahu memeluk isterinya. Hanya selepas beberapa saat bertentang mata, Kai mendukung anaknya dan menapak menghampiri isterinya.
_____
"Awak sihat?" seperti biasa Kai mencium lembut bibir kau, tetapi ciumannya tidak berbalas. Kau tetap bermasam muka tanpa bersebab, langsung tidak menjawab pertanyaan Kai sebentar tadi. Malah kau terus masuk ke dalam rumah, meninggalkan Kai bersama anaknya. Semestinya Kai terasa hati dengan perbuatan kau itu, namun dia cepat membuang jauh perasaan itu kerana dia tahu perubahan mood yang sedang kau alami kemungkinan besar disebabkan oleh keadaan kau yang berbadan dua.
"Omma sihat Taehyunie?" Kai menanyakan soalan itu kepada anaknya pula, setelah kau langsung tidak mengendahkan dirinya.
"Mollayeo~" naif sahaja si anak kecil menjawab pertanyaan itu, lalu membenamkan muka pada leher bapanya.
"Ohh Jongin-na...masuk la...kamu dah makan?" Soal bapa mentuanya yang baru sahaja turun dari tingkat atas, menyambut kedatangan menantunya yang ketika sibuk melayan kerenah anaknya di halaman rumah. Kai mengangguk, satu cara dia menyahut sapaan lelaki berusia lebih separuh abad itu. Selepas itu Kai bergerak masuk ke dalam rumah bersama Taehyun yang selesa duduk di atas bahu bapanya, senang hati melambai tangan ke arah atuknya.
"Go find omma" mendarat sahaja kakinya di lantai, Taehyun terus berlari mencari ommanya yang entah kemana menghilangkan diri. Hampir sahaja anak kecil itu terlanggar neneknya yang baru keluar dari kawasan dapur, menatang satu dulang yang berisi 4 biji gelas dan sepiring biskut buatan sendiri.
"Abeoji sihat?" Kai memeluk mesra bapa mentuanya.
"Sihat sangat...kamu Jongin ? Appa tengok makin kurus je" Kai menyengih mendengar pertanyaan itu, tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya. Malu jika lelaki itu tahu, Kai kekurangan zat kerana terlalu merindui keluarga yang jauh dari pandangan mata.
"Eommoni, let me help you" Kai cuba mengupah topik dengan membantu ibu mertuanya, dengan mengambil tugas membawa dulang yang penuh berisi ke ruangtamu.
"Makan dulu Jongin sebelum balik" Kai mengangguk lalu melabuhkan punggungnya di sofa, duduk di sebelah bapa mertuanya.
"Jongin tak lapar appa...awak jom balik !" Kai melonjak bangun, membatalkan niatnya untuk menjamah sekeping dua biskut yang telah terhidang di depan mata. Berdasarkan dari cara kau berbicara, Kai tidak mempunyai pilihan selain menurut perintah isterinya.
Kau memerhati kelakuannya, menunggu tindakan seterusnya. Kau ketika itu berdiri di atas tangga sambil memegang sebuah beg besar. Taehyun juga ada bersama, jari jemari kecilnya menggengam hujung dress ibunya. Tanpa bersuara, Kai sudah tahu apa yang perlu dia lakukan. Sepantas kilat berlari mendapatkan kau, tangan kanannya mengambil bag daripada kau, manakala sebelah lagi tangannya merangkul pinggang kau dan memimpin perlahan lahan menuruni tangga.