8 Chocolate Chip Caramel Cookies

2.2K 142 11
                                    

"Baby, appa balik lambat harini, apa kata kalau kita mandi dulu, okay?" Badannya di keraskan, salah satu cara anak kecil itu menunjukkan protes. Kedegilannya saling tak tumpah sama seperti kau (dakwaan Kai) sukar di pujuk jika merajuk.

"Taehyun tunggu!" kedua tangan kecilnya di silang ke dada, duduk berlunjur di atas lantai, semeter jauhnya dari pintu utama. Boleh di katakan hampir setiap hari berkerja, anak kecil itu menunggu bapanya pulang. Namun pada hari itu, Kai sudah memaklumkan kepada kau, yang dia akan pulang agak lewat dari kebiasaan kerana mahu meluangkan sedikit masa bersama rakan baiknya, Sehun dan Lay.

"Kita mandi dulu, lepas tu baru kita tunggu appa balik, boleh?" Taehyun mula meragam, tubuhnya di rebahkan dan mula bergolek golek di atas lantai. Suara nyaringnya memenuhi segenap ruang, bertambah kuat bila kau cuba mengangkatnya.

"Tunggu appa!" ayat itu sahaja di ulang berkali kali setiap kali kau cuba memujuknya. Dalam banyak banyak benda yang boleh di warisi daripada kau, sikap degil pula yang tersangkut padanya. Mengikut daripada pengalaman, adalah amat payah memujuknya, selalunya apa yang dikehendakinya mesti dituruti.

"Okay, when you are ready, Taehyun call omma, arraseo ?" anak kecil itu tidak mengangguk, juga tidak berkata apa. Posisi tubuhnya tidak ubah seperti tapak sulaiman, terdampar di atas lantai tanpa sedikit pun tanda mahu bergerak, hanya sedu sedan kedengaran. Mengangkatnya bukan satu tindakan yang bijak, adalah lebih baik jika di biarkan sahaja anak kecil itu mengenang nasibnya tanpa diganggu.

'bring home something, Taehyun not happy', satu pesanan ringkas di hantar kepada Kai, memberi amaran akan apa yang bakal berlaku bila dia tiba di rumah nanti.

Kau mengerling jam di dinding, nampaknya Kai sudah lewat sejam dari waktu kebiasaannya pulang, tapi anak kecil itu masih setia menunggu. Walaupun Taehyun masih tidak mengenal waktu, anak kecil berusia hampir 3 tahun itu sudah menjalani separuh usianya dengan rutin menunggu kepulangan bapanya dari berkerja. Kau juga sudah menjadikan satu kebiasaan untuk berada di dapur buat persediaan makan malam, setiap kali waktu ketibaan Kai menghampiri. Sedari Taehyun bayi lagi, kau akan berdiri bersamanya di hadapan pintu, menyambut Kai. Tetapi semenjak anak kecil itu sudah pandai menggunakan kakinya, dia dengan sendirinya tanpa di suruh melakukan semua itu, malah Kai telah menyediakan sebuah sofa kecil untuk anak lelakinya itu, yang mana diletakkan secara strategik dihadapan pintu.

"Poor my baby, come here, omma hug you~" Setelah membiarkan Taehyun bertenang buat sekian waktu, kau rasa sudah tiba masa untuk memulakan proses pemujukkan. Kau melutut dihadapannya sambil mendepakan tangan. Kedudukan Taehyun masih lagi terbaring di lantai, nampak sangat anak kecil itu sudah penat menunggu. Tetapi mungkin kerana rajuknya masih bersisa, Taehyun tetap kekal begitu, menanti omma atau appanya datang memujuk.

Taehyun membiarkan kau menunggu buat beberapa minit sebelum perlahan lahan bangun dan berlari kedalam dakapan kau. Pipi tembamnya sekali lagi di basahi airmata dan suara tangisan kembali menjadi habuan telingan, tetapi kali ini lebih perlahan. Ini bukan kali pertama Kai pulang lewat, bagaimanapun boleh di katakan ianya amat jarang berlaku.

Sejak kelahiran Taehyun, Kai lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarganya, berbanding kawan kawannya. Sebab itulah, kau tidak akan terasa hati jika Kai ingin keluar minum bersama rakannya, asalkan dia memaklumkannya terlebih dahulu agar Taehyun tidak tertunggu tunggu.

"Kita mandi, lepastu kita tengok pororo, nak tak?" Taehyun melompat kegembiraan dan matanya membesar tatkala mendengar nama kartun kegemarannya itu. Rajuknya diletak ketepi buat sementara kerana terlalu teruja.

"yeah, Pololo!!" Taehyun berteriak riang sambil berlari sekeliling rumah. Melihat kegembiraannya menimbulkan senyuman di wajah kau, entah macam mana kau boleh terlupa yang 'Pororo', dalam purata sebanyak 70 peratus boleh menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan anak kecil itu.

"KIM JONGIN !!"Where stories live. Discover now