9 Apple Pie Taquitos

2K 116 20
                                    

Peluh jantan membasahi wajah, kedua tangan mencengkam kuat sisi sofa, kaki semakin laju bergetar, sekali sekala menendang ke udara. Suhu penghawa dingin tidak dapat menandingi kehangatan yang Kai rasakan. Aliran darah tidak menentu di sebabkan degupan jantung naik secara mendadak. Sedikit saja lagi, kemuncaknya semakin hampir, satu tujahan yang tepat sahaja yang di perlukan...

"Goal!!!" Kai melonjak bangun daripada sofa, tshirt di badannya di buka dan di lontarkan ke udara sebelum berlari mengelilingi ruangtamu sambil menjerit kegembiraan. Tiada apa yang mengembirakan Kai selain melihat pasukan kegemarannya menghasilkan gol lebih daripada jangkaan para pemerhati.

"This is life.." setelah deruan adrenalin dalam tubuhnya berkurangan, Kai kembali memakai bajunya. Senyuman puas masih menghiasi wajah, melihat pemain kegemarannya kembali mengambil posisi yang di tetapkan, itu mengingatkan Kai untuk meng-order jessi pasukan tersebut secara online.

"Ada kucing ke?" Kai berpaling daripada skrin phonenya mencari bunyi aneh yang tiba tiba menerpa pendengarannya.

"Ohh, hye baby!" Kai menyapa isterinya, entah bila masa wanita itu berdiri di belakangnya. Bagaimanapun sapaannya tidak mendapat respon, isterinya hanya berpeluk tubuh sambil merenung tajam skrin televisyen.

"uhmm, do you need anything ?" Kai menghadapi kesukaran membuat keputusan, pemainan bola semakin rancak, tapi isterinya juga perlukan perhatian.

"Lagi dua jam pukul 12" Kai melihat jam di dinding sebelum berpaling kebelakang memandang isterinya, ingin mengesahkan penyataan isterinya itu tetapi wanita kesayangannya sudah hilang tanpa dapat di kesan.

___________

"Awalnya bangun, baru pukul 10.." kalau bukan kerana lelaki itu berpangkat 'oppa', dah lama kau meng-flying kick manusia itu. Pagi pagi lagi dah merosakkan mood orang.

"Tu laa, menyesal pulak bangun. Pagi pagi dah tertembung dengan manusia kerdil" sindiran itu menusuk tepat ke dalam hati Suho, maka berlakulah aksi kejar mengejar di antara dua beradik. Hanya berhenti bila kedua kepala terhantuk sesama sendiri apabila mem-brek secara mengejut tatkala melihat si ibu memegang 2 buah handphone dan mengugut mahu mencampak ke dalam lubang tandas.

"Pendek!" Kau mengejek Suho

"Oh ye ke? oppa gunting je surat ni!" entah bila masanya di tangan tangan kiri Suho terdapat sekeping sampul dan di sebelah kanan pula memegang sebilah gunting. Dari senyuman sinis lelaki itu, nampak sangat Surat itu untuk kau.

"Dont you dare!" Surat itu sudah terjepit di antara mata gunting, sedikit pergerakkan sahaja, terpotonglah objek tersebut.

"Eh Irene unni datang!" Suho mencampak objek di tangannya dan berlari ke bilik air, memeriksa henseman dan gaya rambut sebelum memecut ke pintu depan.

Melihat gelagat Suho itu, kau dengan pantas mengutip surat tersebut dan berjalan laju ke tingkat atas, sebelum Suho..

"Not again!! Stay there you punk!!" sambil berlari, kau ketawa terbahak bahak membayangkan muka Suho merah padam menahan marah. Siapa suruh dia lemah sangat setiap kali mendengar nama 'crush'nya di sebut. Masuk kali ini, sudah 5 kali Suho tertipu.

Masuk sahaja kedalam bilik, kau terus mengunci pintu, takut kalau ada orang meroyan (Suho) merempuh masuk. Seperti dijangka, selama tiga minit pintu bilik di ketuk dan di tendang secara ganas oleh oppa kau. Tapi kau langsung tidak mempedulikannya, otak kau ketika itu keliru membaca isi surat yang menjadi perebutan sebelum ini.

"Angkat pasu bunga, sebelah kanan pintu utama" itu adalah point pertama dalam surat tersebut, terdapat beberapa point lagi mengikut turutan ke bawah. Buat masa sekarang kau menurut arahan pertama.

"KIM JONGIN !!"Where stories live. Discover now