"He's so tiny, everything about him is so cute~" Kai meriba anak lelakinya yang baru sahaja berusia sebulan setengah. Melepaskan kerinduan selepas seharian bekerja. Segala penat lelah yang dirasainya, hilang begitu sahaja sebaik menyentuh dan membelai tubuh kecil anaknya.
"Just like you~" kau mengucup pipi Kai dan juga Taehyun, sebelum beredar ke dapur bagi memberi ruang Kai bersama anaknya. Walaupun bayi kecil itu masih tidak mengenal apa, Kai tidak pernah jemu mengacah, bermain dan mengabadikan setiap detik berlalu, secara selca mahupun ingatan.
"What are you thinking little baby?. Am i looking very handsome?. Dont worry, so are you little guy, it runs in a family." anak kecil itu sepertinya memahami Kai. Mata redupnya merenung tepat bapanya, jari jemari kecil bayi itu juga menggengam jari telunjuk appanya, sambil mulutnya menghasilkan bunyi halus bagaikan membalas kata kata Kai itu.
"Its time for bed, baby." kata Kai tatkala melihat jari telunjuk kau menunjukkan jam di dinding. Bagaikan menatang minyak yang penuh, Kai perlahan lahan bangun dan mendukung anak lelakinya menuju kebilik. Sesiapa yang masuk ke situ pasti akan berasa selesa. Pada hari dia mengetahui jantina anaknya, Kai bersama Sehun dan Lay bertungkus lumus menyediakan bilik tersebut. Dindingnya di cat biru laut dan terdapat murals padanya, seperti kepulan awan putih dan pelangi berwarna warni.
Menidurkan anaknya adalah satu tugas yang mudah. Hanya dengan mengelus lembut rambutnya, menepuk secara perlahan di bahagian peha kecilnya sambil di iringi alunan musik klasik kegemaran ibunya, sudah cukup untuk membuatkan bayi kecil itu terlena. Nampak sangat yang Taehyun itu 'anak appa', kerana sedikit demi sedikit, bayi itu mula menunjukkan tabiat yang sama seperti bapanya.
"And now its time for us to sleep." Kau berbisik di telinga Kai kerana tidak mahu mengganggu tidur si kecil. Kehadiran kau di situ membuatkan senyuman mula melebar di wajah Kai, melihat dua 'dunia'nya berada dekat dan bersatu di hatinya.
"Yeah, time for us to cuddle." Kau ketawa melihat gelagat Kai, menarik kau menuju ke bilik utama. Mengingatkan kau yang bukan satu, tetapi ada dua orang 'anak kecil' yang memerlukan sepenuh perhatian daripada kau.
_______________________
"Kim Jongin." tangan di hulurkan.
"Kim Junmyeon." menyambutkan salam yang di hulurkan, dan bermulanya aksi sengit 'gusti lengan' sesama mereka. Otot dan urat memunculkan diri, beradu kekuatan tanpa sekalipun menunjukkan tanda tanda ianya akan berhenti.
"Oppa dah sampai, masuklah!" Kau bersorak ceria, memecahkan situasi tegang yang telah berlangsung selama 5 minit, di antara kedua lelaki tersebut.
"Hai sis, how's my favorite dongsaeng doing?" Suho cuba menyelitkan tubuh sasanya di celahan ruang yang ada sebagai usaha untuk dia masuk ke dalam apartment tersebut. Tetapi terdapat seorang 'Kai' berdiri di tengah pintu, menghalang laluan, memisahkannya dengan adik kesayangannya.
"Kim Jongin." tangan masih lagi di genggam.
"Kim Junmyeon." gigi di ketap rapat.
"Im so done with you guys, if both of y.." satu jeritan nyaring membuatkan kau terlupa apa yang mahu di katakan dan terus berlari mendapatkan sumber datangnya suara tersebut. Langkah kau diikuti dua orang lelaki yang turut sama risau mendengar jeritan itu.
"Let me see!"
"No! let me hold him!"
"He's my son!"
"He's my nephew!"
"Kim Kai, Kim Suho, out!" kau menolak kedua lelaki itu keluar dari bilik tersebut, tanpa mempedulikan rengekan dan rayuan mereka. Setelah itu kau terus mendapatkan Taehyun yang semakin kuat menangis akibat suara lantang kau sebentar tadi.