5 Giant Chocolate Chip Cookie Ice Cream Sanwich

3.8K 168 9
                                    

Apa yang dialaminya pada kali ini, lebih teruk daripada perasaannya pada kali pertama berada di klinik gigi. Kalau dulu sebatang lolipop sudah cukup untuk menenangkannya, sekarang tidak lagi. Letaklah beribu coklat dan gula gula di hadapannya, ianya tidak akan menghilangkan resah di hati, hanya menambahkan lagi risiko kencing manis pada dirinya.

Satu langkah sahaja lagi, dia akan bertemu buat kali pertama, manusia yang menjadi punca keresahannya. Tetapi sebelum itu dia perlu bertenang, namun jantungnya tidak memberi kerja sama. Semakin dia menghampiri destinasi, semakin kuat jantungnya berdegup. Simptom simptom penyakit jantung semakin ketara, sebab itulah mulutnya tidak henti henti berdoa agar dia tidak mengalami serangan jantung pada waktu itu, kerana dia masih terlalu muda dan di sebalik pintu itu terletaknya masa hadapannya. Jadi dia perlu kuat, sebagai seorang lelaki dia perlu berani. Dia menarik nafas sedalam yang boleh, tangan di genggam dan di dekatkan pada permukaan pintu.

"who are you?" keinginan mahu ke tandas tiba tiba muncul. Lelaki di hadapannya kelihatan serius tidak sesuai dengan wajahnya yang nampak lembut.

"Kim...j..jin..jong..in" secara mental Kai menghantukkan kepala ke dinding, usahanya mahu kelihatan 'cool' musnah sama sekali apabila mulutnya tiba tiba hilang keupayaan untuk bercakap dengan sempurna. Setelah otaknya kembali normal, Kai dengan pantas menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan.

"i dont know you... so good bye.. " sebelum sempat lelaki itu menutup pintu, kedengaran satu suara lelaki menyebut namanya.

"Joon myeon, dont be so rude.... come in Jongin.." Lelaki separuh abad itu memeluk bahu Kai dan menariknya duduk di sofa. Lelaki yang bernama Joon myeon itu kemudiannya berlalu pergi ketingkat atas selepas lelaki separuh abad itu membisikkan sesuatu padanya.

Lelaki separuh abad itu memperkenalkan dirinya sebagai Kim Jongmin, bapa kepada Kim joon myeon and juga kau. Lelaki itu mengarah Kai supaya memanggilnya appa, memandangkan Kai bakal menjadi menantunya. Kai tertunduk malu mendengar kata kata lelaki itu, masih terlalu awal untuk bercerita tentang perkahwinan, kerana mereka terlalu muda. Malah tujuan Kai datang pada hari itu adalah untuk meminta kebenarannya keluar bersama anak perempuannya buat kali pertama (kau berkeras tidak mahu keluar bersama Kai, selagi dia tidak memperkenalkan dirinya kepada keluarga kau).

Semuanya berjalan lancar, appa kau suka akan Kai dan begitu juga sebaliknya. Mungkin terlampau suka, kerana lelaki itu bukan sahaja membenarkan Kai bercinta dengan satu satu anak perempuannya, malah dia sudah bersedia menyerahkan kau kepada Kai sepenuhnya iaitu mengikat tali perkahwinan. Kai berjanji akan melakukan perkara itu tetapi tidak untuk masa terdekat, kerana dia baru sahaja berumur 16 tahun manakala kau pula 15 tahun. Appa kau menerima alasan Kai itu dan dia berharap Kai akan berpegang pada janji. Kai yang naif hanya menganggukkan kepalanya.

"i dont like you... " itu kata Kim joon myeon sebaik sahaja dia menempatkan diri di sebelah appanya. Kai mengenali abang kau, dia berjawatan ketua pelajar di sekolah mereka dan dia juga rakan sekelas Lay, yang mana merupakan ketua kelab tarian, juga merangkap kawan baik Kai. Ianya masih lagi menjadi misteri, bagaimana Lay boleh berkawan dengan Kim Joon myeon. Lelaki itu sudah di ketahui umum sangat bencikan penari kerana pada pendapatnya golongan sebegitu kebanyakkannya adalah playboy. Malah dia pernah cuba memansuhkan kelab tarian dengan alasan kelab itu hanya membazirkan wang sekolah, tetapi itu berlaku sebelum Lay datang kesekolah itu dan keputusannya berubah setelah Lay menjadi kawannya.

Joon myeon sukakan Lay, tetapi itu tidak bermaksud pandangannya terhadap penari telah berubah. Apabila dia mendengar nama Kim Jongin dan tarian dalam ayat yang sama, Joon Myeon sudah dapat merasakan yang Kai akan menjadi musuhnya. Firasatnya semakin menjadi kenyataan apabila mendengar mulut kau tidak henti henti bercerita tentang Kim Jongin. Dan bila dia tahu Kai akan datang pada hari itu, dia sanggup membatal mesyuarat pelajar pada pagi tersebut, semata mata mahu melihat sendiri lelaki yang bakal melukakan hati adiknya.

"KIM JONGIN !!"Where stories live. Discover now