CH 2

175 7 0
                                    

Yunho mengayuh basikal ke sekolah dengan perasaan yang senang hati. Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, dia berasa gembira untuk ke sekolah. Sepanjang hayatnya, dia sentiasa dibuli dan selalu bersendirian.

"Agak-agaknya, boleh tak aku dapat kawan hari ni?" Soalnya pada diri sendiri sambil tersenyum lebar. Haish, kalau orang tengok, mesti dirinya dicop gila.

Setelah tersedar dari lamunannya, dia terus mengayuh laju ke sekolah dengan rasa semangat yang membakar jiwanya.

Tiba di sekolah, dia melakukan rutin hariannya sebelum masuk ke kelas. Kelasnya pagi itu berjalan dengan lancar.

Apabila loceng rehat berdering, Yunho tidak lagi menunggu semua orang keluar, sebaliknya, dia bergegas pergi ke bumbung sekolah. Hari ini, dia terasa seperti ada benda baik yang akan berlaku.

Seperti biasa, dia duduk di bumbung sekolah dan menikmati ban kacang merah sambil merenung langit biru yang tak pernah membosankannya.

Kedebuk!

Yunho tersentak. Bunyi itu mengejutkannya. Dia lantas menoleh dan terlihat pergerakan di sebalik timbunan meja lama. Dia pasti itu adalah manusia...

Dengan langkah yang berhati-hati, Yunho mendekati tempat itu. Apabila dia semakin dekat, dia terdengar suara rungutan seseorang.

"Aduh... Sakit betul hidung aku...,"

Yunho memberanikan diri untuk melihat gerangan di sebalik timbunan meja itu. Kelihatan seorang lelaki yang berambut merah sedang menggosok hidungnya yang kemerah-merahan. Di sisinya, terdapat sebuah buku yang setebal kamus dewan bahasa.

"Awak... Okey?" soal Yunho ragu-ragu. Lelaki itu mengangkat wajah untuk melihat Yunho sekilas sebelum menangguk perlahan.

"Aku okey je. Buku ni ha, atas muka aku jugak dia nak jatuh!" ujar lelaki itu seraya menepuk buku itu. Dia kemudiannya bangun menghadap Yunho.

"Kau buat apa kat sini?" soal lelaki itu.

Yunho sekadar menunjuk ke arah ban kacang merah dan botol airnya yang ditinggalkan di salah satu sudut.

"Oh, dah rehat eh? Tak perasan pulak aku loceng tu bunyi. By the way, nama kau apa? Aku Jongho," ujar Jongho seraya menghulurkan tangannya.

"Yunho...," balas Yunho perlahan. Tangan Jongho dipandangnya sebelum menghulurkan tangan sendiri.

Melihat Yunho yang seakan-akan ragu untuk menyambut huluran tangannya, Jongho lantas menyambut tangan Yunho dan menggoncangkan tangannya beberapa kali.

Setelah melepaskan tangan masing-masing, mereka berdua sekadar berdiri disitu, diam.

"Awak buat apa dekat sini?" soal Yunho memecahkan kesunyian.

Jongho tersengih sebelum membalas "Tidur," Fahamlah Yunho bahawa lelaki itu telah memonteng kelas.

Mereka kemudiannya meluangkan masa bersama. Banyak perkara yang dikongsikan sesama sendiri. Buat pertama kalinya, Yunho mempunyai teman bicara.

Dia dapati kelas mereka berdua hanyalah bersebelahan dan jalan ke rumah Jongho juga melalui kawasan perumahan Yunho.

...

Song's Mansion

Malam itu, Mingi pulang agak lewat ke rumah. Hari kedua praktikalnya amatlah memenatkan dan jadualnya padat.

Dia segera bergegas ke biliknya lalu membersihkan diri sebelum menukar kepada baju tidurnya. Sebaik sahaja meletakkan kepalanya ke bantal, Mingi terus terasa mengantuk.

Namun, matanya masih belum mahu terpejam. Telefonnya yang terletak di atas nightstand diambilnya. Instargeram miliknya dibuka. Sedang dia melayan aplikasi tersebut, satu notifikasi masuk menandakan seseorang telah menghantar mesej kepadanya.

Nama penghantar dilihatnya sebelum tersenyum sendiri lalu membuka mesej itu.

Yuyuho:
Guess what? I finally made a friend today!

MinKing:
Aww so you're leaving me?

Yuyuho:
Lmao no!
I'm just happy that I got a real life friend!
But you're still my best friend! The bestest online friend!

MinKing:
I see..
you can't stop loving me, right?
Hahaha!

Yuyuho:
Humph! That's it!
I'm going to sleep! Bye!

MinKing:
Just admit it that I made you blush..
Alright, alright.. Good night Yuyu<3

Mingi tersenyum sendiri. Walaupun mereka tak pernah melihat wajah masing-masing dan hanya mengetahui nama timangan, mereka adalah kawan baik.

Pada mulanya, Mingi tersalah mesej orang lain. Tetapi apabila melihat Yuyu itu mengetahui bahasa Inggeris, Mingi seperti tertarik untuk mengenali lelaki itu dengan lebih lagi. Apatah lagi apabila dia mendapat tahu bahawa Yuyu itu juga Korean sepertinya.

Mereka sering bersembang dan Mingi sangat suka melihat reaksi rakannya itu apabila dia malu. Comel.

Mingi tidur dengan nyenyak malam itu.










Awkward writing huhu:(
I'll try better next time >_<

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now