CH 10

110 7 2
                                    

Jam yang tergantung elok di dinding kelas sekali sekala dikerlingnya. Tidak lama lagi waktu rehat akan tiba. Yunho amat tak bersedia untuk bertemu dengan Mingi setelah kejadian tempoh hari.

Kringggg!

Ketika asyik dia mengelamun, jam loceng berdering menandakan waktu rehat. Guru yang sedang mengajar itu pun segera menamatkan kelasnya dan berlalu keluar. Begitu juga dengan rakan sekelasnya. Dalam sekelip mata sahaja, kelas itu telahpun kosong meninggalkan dirinya berseorangan.

Yunho pun dengan lambat-lambat meninggalkan kelas. Namun, destinasinya bukanlah kantin. Sebaliknya dia mengatur langkah ke arah bilik guru.

'Kalau aku menghilang ada sebab, dia tak marah kan?' soal Yunho dalam benak fikiran.

Dengan hati yang mula berasa tenang, Yunho terus menapak ke arah bilik guru yang sudah tidak jauh. Dia menghulurkan tangan untuk membuka pintu tetapi seseorang dari dalam telah membukanya terlebih dahulu.

Mata mereka bertembung membuatkan Yunho terpaku. Satu senyuman smirk terukir di wajah Mingi. Seronok dia tak perlu susah payah cari Yunho nanti.

"Hai, Yunho. Tak tahu pulak jodoh kita ni kuat kan?" Mingi bersuara dengan gaya nak mengayat Yunho. Wajahnya sengaja didekatkan dengan Yunho.

Yunho terpaku buat kali kedua. Makhluk apakah yang telah merasuk si pembuli ni?! Dia segera menapak satu langkah kebelakang, menjarakkan diri mereka. Wajah ditundukkan, tidak mahu bertentangan mata.

Mingi yang melihat reaksi Yunho, segera memarahi dirinya. 'Sabar! Dengan situasi sekarang, aku tak boleh nak terus mengayat! Kita kena bagi dia percaya aku dulu!' batin Mingi sendiri.

"Ahem... Kau... Buat apa kat sini?" Soal Mingi, kembali berdiri tegak menyerlahkan pesonanya.

"Saya... Nak hantar tugasan...," balas Yunho lambat-lambat. Wajahnya setia menghadap lantai.

"Tugasan yang kita kena buat sama-sama tu?" Soal Mingi lagi yang dibalas dengan anggukan daripada Yunho.

"Ma'am bagitahu aku tadi yang kita kena hantar tugasan tu sekali. Dia cakap dah alang-alang aku kat sini, buat la dengan kau sebab dia tak nak tugasan kita nampak macam solo,"

Yunho sekadar mengangguk faham. Sedang asyik memandang lantai, tiba-tiba satu tangan menggenggam pergelangannya dan membawanya pergi dari situ.

"Mi-Mingi! Kita nak ke mana ni..?" Soal Yunho. Dia mula merasakan panik.

"Kau ikut je lah!"

Mingi terus menarik Yunho sehingga mereka tiba di bilik muzik. Yunho dibawa masuk dan pintunya dikunci.

"Awak... Nak buat apa..?" Soal Yunho dengan rasa takut. Tambahan dengan bilik muzik yang gelap dan kedap bunyi itu amat menambahkan rasa paniknya. Yunho memejam matanya erat, tidak sanggup untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada dirinya.

"Duduk la," suruh Mingi. Yunho membuka matanya dan terlihat Mingi yang sudahpun duduk di salah satu kerusi.

"Bagi bahagian kau, aku nak review,"

Yunho menghulurkan satu set kertas yang dipegangnya tadi. Mingi mengambil kertas itu dan memberi isyarat mata supaya Yunho duduk dihadapannya.

"Makan la. Aku beli banyak dekat kafeteria tempat kerja aku tadi,"

Yunho dengan lambat-lambat menurut semua arahan Mingi. Dia sekadar memasukkan apa sahaja ke dalam mulutnya. Terlalu takut dan hairan dengan perubahan sikap Mingi yang sangat drastik itu.

"Sedap tak?" Soal Mingi. Matanya tak lepas memandang kertas-kertas ditangan. Sesekali dia mencoret sesuatu di kertas itu.

Yunho yang dari tadi asyik menyumbat makanan ke dalam mulutnya, tersedak. Dia langsung tak merasakan apa-apa kerana otaknya ligat berfikir tentang Mingi.

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now