CH 11

106 5 0
                                    

Butang 'save' ditekan. Dia baru sahaja selesai menulis data harian yang ditulisnya sepanjang tempoh program internship. Semua maklumat yang telah dipelajari dan butiran hariannya dicatat dalam notepad peribadi miliknya itu.

"Mingi," panggil seseorang yang menerjah masuk ke dalam biliknya tanpa ketukan.

Mingi yang amat mengenali lelaki itu sekadar membuat muka. Sudah mengagak sebab kedatangan makhluk tak diundang itu. Muka menyampahnya langsung tidak disembunyikan malah dibuat-buat lebih lagi menandakan protesnya.

"Apa kau nak?" Soal Mingi dengan perasaan yang jelas tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.

"Hoi! Beradab sikit dengan aku. Aku ni cikgu kau, tahu?!"

"Tch! Setakat pengetua pakai kabel tak payah la aku nak hormat! Kau datang sini mesti nak menyibuk hal urusan hidup aku, kan?!"

Hongjoong menatap remaja dihadapannya dengan hati yang membara. Sakit pula hatinya mendengar kebenaran yang pahit itu.

Ya, Hongjoong menjadi pengetua di sekolah Artiny High hanya dengan pertolongan daripada Tuan Song, merangkap teman baik ayahnya. Sekolah itu dibina sebagai hadiah untuk Encik Kim, bapanya. Setelah beberapa tahun, kini dirinya pula yang mengambil alih sekolah itu semenjak tahun lepas.

"Hah, sentaplah tu!" Tempelak Mingi lagi apabila menyedari Hongjoong yang diam dihanyut fikiran.

"Grr! Kalau cakap dengan kau, sampai esok pun tak habis! Kau tu apa cerita? Apahal tetiba cari psychologist kat sekolah?! Buang tabiat ke hah?!"

"Yang kau jerit ni apahal? Cakap elok-elok tak boleh ke? Mujur bilik aku ni kedap bunyi. Kalau tak, mesti pekerja aku pandang serong kat kau bila kau keluar nanti," Mingi berkata seraya memandang ke arah Hongjoong seolah-olah sedang memandang rendah terhadapnya.

Hongjoong pula sudah meluap-luap amarahnya. Boleh sakit jantung bercakap dengan manusia spesis Mingi ni!

Tetapi dia harus bersabar. Maka nafas panjang ditarik dan dihembus bagi menenangkan dirinya. Dia memandang Mingi dan sedaya upaya mengukirkan senyuman manis.

"Song Mingi, aku datang sini atas arahan ayah kau. Ya, dia dah dengar pasal kau nak cari psychologist. Dia minta aku jadi pendengar kau, bermaksud aku akan menyibuk dalam hidup kau mulai hari ini HAHAHA!"

Mingi tidak memberikan sebarang reaksi. Dia sudah mengagak akibat bertanyakan soalan tentang doktor sakit jiwa kepada guru kaunseling di sekolahnya itu. Hongjoong yang sedang ketawa puas itu dipandangnya kosong.

"Kau ingat aku tak boleh tolak arahan dia? Kalau setakat manusia macam kau ni, cukup aku menipu pasal kau, hidup kau dah boleh musnah,"

Tawa Hongjoong terhenti. Dia menatap Mingi geram. Ugutan dari Mingi memang tak boleh ambil ringan sebab Mingi jenis yang akan buat apa yang dia kata.

"W-Walaupun aku pengetua sekolah pakai kabel, aku sebenarnya in training nak jadi psychologist, tahu?"

Mingi meletakkan notepad ditangannya ke atas meja. Dia mengerling sekilas ke arah Hongjoong dan membalikkan tubuhnya menghadap pemandangan dibelakangnya.

"Aku tak kesah kalau kau tengah training nak jadi perdana menteri sekalipun, aku tak nak kau masuk campur hal aku. Memandangkan kau cuma mengikut arahan ayah aku, aku benarkan kau datang sini sehari seminggu. Tapi ingat, jangan ingat kau boleh buat-buat kenal dengan aku lepas ni. Dah, kau boleh keluar sekarang,"

Hongjoong terus bangun dan berlalu keluar. Jika pintu pejabat Mingi boleh dihempas, dah lama dia buat. Rasa malu dan marah bercampur-baur dalam dirinya ketika ini. Dia masuk ke dalam kereta dan melempias amarahnya pada stereng kereta.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now