CH 3

157 5 0
                                    

Keesokan harinya, Yunho bangun dengan rasa bersemangat yang membara dalam jiwanya. Dia memulakan rutin hariannya dan berangkat ke sekolah.

Setibanya dia di hadapan pagar sekolah, pakcik jaga yang sedang bertugas itu disapanya riang.

"Selamat pagi, uncle! "

Pakcik itu sekadar tersenyum dan membalas sapaannya dengan satu anggukan kecil.

Yunho segera mengunci basikalnya dan bergegas ke dewan perhimpunan. Hari ini merupakan hari perhimpunan rasmi bagi pembukaan semula sekolah untuk tahun baru.

Dia meletakkan beg galasnya di tepi dewan sebelum turut berbaris mengikut barisan kelasnya. Perhimpunan pun dimulakan apabila jam menunjukkan pukul 7:30 pagi.

Setelah beberapa orang guru dan ketua pelajar memberi ucapan, pengetua pula dijemput untuk memberi ucapan sekaligus merasmikan hari pembukaan sekolah.

"Selamat pagi para pelajar dan selamat datang saya ucapkan kepada pelajar-pelajar baru tahun ini. Bagi yang masih belum mengenali saya, nama saya Kim Hongjoong, pengetua yang ke-8 sekolah ini. Saya cuma ingin mengingatkan semua tentang peraturan-peraturan sekolah ini. Yang pertama adalah bla... Seterusnya bla... Dan bla bla... Mohon semua patuh pada arahan dan peraturan yang ditetapkan. Dengan ini, saya merasmikan pembukaan sekolah Artiny High. Sekian, terima kasih, "

Serentak dengan itu, tepukan gemuruh bergema di setiap ruangan dewan itu. Ada juga beberapa pelajar senior yang nakal bersorak dan bersiul-siul. Riuh-rendah suasana di dalam dewan itu.

Setelah tamat perhimpunan itu, para pelajar tahun ke-2 dan ke-3 dibenarkan pulang ke kelas masing-masing manakala first years diminta untuk tunggu di dewan bagi sedikit aktiviti orientasi.

Yunho dan Jongho berjalan bersama naik ke blok kelas mereka sambil berbual-bual.

"Macam tak percaya je kau sekolah sini. Kenapa tak nampak pun eh sebelum ni?" soal Jongho kehairanan. Roti ditangan dilahap sambil menunggu jawapan si kawan barunya itu.

Yunho menunduk sebelum menjawab lambat-lambat. "Saya.. Jarang keluar rehat.. Balik pun tunggu orang lain balik dulu.. Mungkin sebab tu tak pernah nampak kot..,"

Jongho sekadar mengangguk faham. "Eh tapi tak hairan jugak. Aku ni boleh dikatakan budak baru la.. Tahun lepas aku baru masuk sini waktu pertengahan tahun," balas Jongho.

"Oh.. Saya ada dengar khabar angin tahun lepas yang.. Budak baru yang pindah tu.. delinquent... Awak ke dalam rumor tu?" soal Yunho sedikit ragu.

Jongho berfikir sebentar seolah-olah ingin mengimbas memorinya sebelum mengangguk mengiyakan soalan Yunho.

"Tapi kau jangan kesah la. Aku pukul orang yang cari fasal dengan aku dulu. Susah jadi kacak ni, orang cemburu!" balas Jongho lalu tergelak sendiri. Yunho turut sama tertawa apabila mendengar Jongho masuk bakul angkat sendiri.

Mereka terus berbual hingga mereka terpaksa berpisah dan masuk ke kelas masing-masing. Sebelum itu Jongho sempat berpesan kepada Yunho untuk menunggunya di kelas ketika masuk waktu rehat.

...

"As for the assignment, I need all of you to pair up with whomever you want. And as far as I remember, Mr. Song is temporarily taking a break from school so there will be one left of you. That leftover person will need to pair with him and I suggest you try to find a way to complete the assignment together by the due date," ujar cikgu Bahasa Inggeris mereka yang berasal dari Australia itu. Oleh kerana guru itu tidak berapa fasih berbahasa Korea, mereka menjalankan kelas sepenuhnya dengan berbahasa Inggeris.

Kelas mula riuh-rendah apabila para pelajar sibuk mencari pasangan masing-masing. Hanya Yunho sahaja yang tidak bergerak dari tempat duduknya. Dalam sekelip mata sahaja semua orang sudah pun berpasangan.

Guru itu melihat setiap pasangan yang telah dibentuk dan mencari seorang yang terlebih itu.

"Well Mr. Jeong, I guess you're gonna be paired up with Mr. Song. Despite the fact that your partner is on a temporary leave, I hope you can do well in your part," ujar guru itu kepada Yunho. Nada suaranya menunjukkan dia tidak akan terima sebarang alasan sekiranya projek itu tidak disiapkan atau terlepas tarikh.

Yunho sekadar mengangguk faham. Dia tidak terlalu bimbang dengan masalah membuat projek itu sendiri bagi bahagiannya tetapi yang dia risaukan adalah bagaimana cara untuk berhubung dengan Mingi.

Sedang dia berfikir, loceng lantas berdering menandakan waktu kelas telah pun berakhir.

"Well done for today, class. You may go to recess,"

Semua pelajar pun berpusu-pusu ke kantin untuk mengisi perut masing-masing. Yunho pula masih berfikir di tempat duduknya sehinggakan dia tidak sedar akan Jongho yang sudah berada di sebelahnya.

"Ahem! Dah sampai mana termenungnya tu?"

Yunho tersentak tatkala dirinya disapa dan disenggol oleh Jonho.

"Jauhnya termenung. Kau fikir apa?" soal Jonho ingin tahu. Plastik berisikan beberapa jenis roti ban serta dua botol air yang dibelinya diletakkan di atas meja Yunho.

"Takde apa.. Just.. Dapat tugasan tadi," jawab Yunho seraya melihat ke arah Jongho yang sibuk mengisi perutnya.

"Ghenapa? Shushah ghe?" soal Jongho dengan mulut yang penuh.

"Telan la dulu. Nanti tercekik, tak sempat diselamatkan nanti. Pasal tugasan tu.. Takde lah susah. Cuma dia kerja berpasangan. Partner saya pulak tak datang sekolah," jawab Yunho sambil membuka satu bungkusan roti ban.

Jongho sekadar mengangguk tanda dia mendengar sambil sibuk menelan roti yang disumbat kedalam mulutnya.

"Nanti kau pergi la rumah dia. Ha selesai masalah," cadang Jongho lalu meminum airnya. Sakit pula kerongkongnya apabila dipaksa telan roti tadi.

"Masalahnya saya tak rapat dengan dia. Nombor pun tak tahu, apatah lagi alamat rumah," ujar Yunho lagi. Rotinya di jamah perlahan-lahan.

Kali ini, Jongho mendiamkan diri sambil memerhati tingkah laku Yunho yang kelihatan gelisah. Dia berfikir sejenak sebelum berkata

"Weh, cuba bagitahu apa masalahnya. Aku pasti kau boleh je minta kat cikgu pasal maklumat tu semua tapi sekarang ni aku nampak tu bukan apa yang kau tengah risaukan,"

Sejurus itu Yunho mengetap bibirnya. Dia menundukkan wajah sebelum mengangkat semula dan memandang ke arah Jongho.

"Dia tu.. Selalu buli saya.. Jadi saya rasa.. Tak selesa nak jumpa dengan dia.. Especially sekarang ni dia tengah ambil cuti sementara.. Buat pertama kalinya saya boleh rasa tenang nak datang sekolah.. Saya tak nak lepaskan kebahagiaan yang saya baru dapat rasakan ni..," terus terang Yunho berkata. Dia tidak mampu untuk menahan lagi. Air matanya berlinang di tubir mata apabila mengenangkan hari-hari gelap dirinya dibuli.

Jongho sedikit terkejut mendengar pengakuan Yunho. Dia lantas menepuk perlahan belakang Yunho, cuba untuk memujuk lelaki itu.

"Maaf, aku tak tahu kau alami semua tu. Tapi kau jangan risau, mulai hari ini, aku akan lindungi kau dari sesiapa pun yang cuba nak kacau kau! Dimana ada Yunho, disitu akan ada Jongho yang menjaga!" pujuk Jongho dengan bersemangat.

Yunho sekadar tersenyum mendengar kata-kata itu. Air mukanya kembali jernih dan mereka makan bersama-sama.

"Best friends?" soal Jongho sambil menghulurkan pinky-promise.

Yunho tertawa kecil sebelum menaut jari mereka lalu berkata "Best friends, forever!"




















A beautiful flower of friendship has blossomed today!

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now