CH 8

117 4 0
                                    

"Wah, cantiknya!" Ujar satu suara dari tepi membuatkan Yunho terkejut.

"B-Bila masa awak sampai sini?" Soal Yunho terkejut apabila Jongho tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya.

"Dah sudahnya hobi kau asyik termenung, mana nak perasannya aku panggil kau dari jauh tadi, kan?" balas Jongho diakhiri dengan ketawa kecil. Dia mengambil tempat disebelah Yunho dan melabuhkan punggung. Penat setelah berlari meredah hujan ke perhentian bas tadi.

"Jadi... Untuk siapa rantai tu? Awek eh?" Jongho bertanya ingin tahu. Rantai di tangan Yunho dibelek-belek.

Yunho juga kembali melihat rantai loket hati yang berwarna perak itu. Dia sangat sayang akan rantai tersebut. Sayu wajahnya merenung bait tulisan yang terukir pada loket hati itu.

"Oi? Jawablah! Termenung pulak," desak Jongho apabila tidak mendapatkan jawapan kepada soalannya tadi. Yunho mengeluh sebelum menjawab perlahan-lahan.

"Rantai ni... Arwah mak saya punya...,"

"Oh." Itu sahaja yang mampu Jongho balas. Momen itu berlalu dengan janggal. Jongho hanya mampu melihat rantai itu dan Yunho bersilih-ganti sebelum mengeluh.

Masa dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang suara. Dua remaja itu duduk melayani fikiran masing-masing sambil menunggu bas seterusnya tiba.

Beberapa minit kemudian, hujan berhenti dan bas pun telah tiba. Mereka berdua masuk ke dalam bas dan bergerak ke destinasi mereka...

...

Mingi duduk di birai katil. Kejadian petang tadi benar-benar membuatkan dia takut dengan dirinya sendiri. Mungkin tekanan yang sudah lama tidak dilepaskan, kini memberontak menginginkan mangsa.

Sebelum ini, Yunho lah tempat melempias amarah dan tekanan. Tetapi sekarang dia tersedar kalau perbuatannya itu keterlaluan setelah melihat reaksi Yunho yang sepertinya trauma dengannya. Mingi mengeluh panjang tanda frustasi.

"Tuan muda?"

Kedengaran suara pembantu rumah memanggilnya dari luar menyedarkan Mingi dari fikirannya.

"Ya?"

"Makan malam dah siap. Tuan Song minta Tuan muda turun makan sekarang," balas si pembantu rumah.

Seketika kemudian, Mingi membuka pintu biliknya. Dia menunduk sedikit pada pembantu tua itu dan berjalan menuruni anak tangga.

"Papa,"

Tuan Song mengangkat wajah apabila mendengar suara satu-satunya putera yang dia ada.

"Take your seat," ujarnya dengan mata yang tak lepas memerhatikan gerak-geri sang anak.

Sebaik sahaja Mingi duduk, Tuan Song menyuruh pembantu-pembantunya bersurai dan meninggalkan mereka berdua sahaja di meja makan.

"So... How's your internship so far?" Soal Tuan Song membuka bicara.

Mingi mengangkat bahu. Air sirap diteguknya.

"Come on, Mingi. Your old man here is trying to know about you, okay?" Ujar Tuan Song apabila tidak mendapat respon yang memuaskan dari sang anak. Wajahnya jelas meminta agar Mingi berkongsi cerita walau hanya sedikit.

"Fine... All is well. Nothing much. I learnt a few of what's your company's about," jawab Mingi ringkas. Dia kemudiannya kembali menjamah makan malamnya.

Tuan Song hanya mampu melihat Mingi yang kini diam dan fokus kepada makanannya. Seketika kemudian, Mingi terus meletakkan sudu dan garfu lalu kembali ke biliknya. Tuan Song mengeluh melihat Mingi yang saban hari semakin dingin dan tidak terkawal.

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now