CH 7

192 6 0
                                    

Pagi itu, Yunho bangun dengan rasa sengal di beberapa bahagian badannya. Semalam ketika bekerja, dia secara tidak sengaja terjatuhkan segelas cawan dan membuatkan majikannya naik berang.

Dia akhirnya disuruh untuk mencuci segala perkakas di dapur kedai makan itu sepanjang malam.

Setelah itu, dia terpaksa membersihkan lantai dan membuang sisa makanan yang sememangnya banyak serta berat. Dia dikulikan sepenuhnya pada malam itu.

Yunho menggagahkan diri untuk bersiap ke sekolah. Dia hanya mampu berharap dirinya akan merasa lebih baik setelah membersihkan diri.

Tubuhnya menggigil apabila percikan air dari pancutan itu terasa amat sejuk. Dia tidak mampu untuk menggunakan pemanas air kerana kesempitan wang maka, dia terpaksa bertahan dengan air sejuk.

Jika dia masih awal, tentu dia sempat untuk menjerang air namun, sekarang dia sudah kesuntukan waktu.

Yunho cepat-cepat menghabiskan mandiannya dan segera keluar setelah memastikan dirinya telah dilap kering.

Dia memakai uniform sekolahnya yang semakin lusuh itu. Seusai bersiap, dia terus keluar dengan mengayuh basikalnya ke sekolah.

...

"Yunho!"

Sedang mengunci basikalnya, kedengaran suara Jongho dari jauh memanggil. Dia lantas menoleh lalu tersenyum melihat rakannya yang sedang berlari anak ke arahnya itu.

"Nak pergi sarapan dengan aku tak?" soal Jongho apabila dia mendekati Yunho.

"Awak nak ajak saya ponteng kelas ke ni?" balas Yunho dengan soalan. Dia tahu yang Jongho sering memonteng kelas pagi.

"Ehh tak! Kita sarapan kat tempat biasa pastu nanti bila loceng kelas bunyi, kita balik la kelas," ujar Jongho dengan senyuman lebar.

Yunho memandangnya lama dengan curiga sebelum mengangguk setuju. Maka mereka berdua pun berjalan bersama ke bumbung sekolah.

"Jongho," panggil Yunho ketika mereka sedang menaiki anak tangga. Jongho sekadar melihat ke arahnya sebagai balasan.

"Cuba bagi tahu kenapa awak nampak lain hari ni,"

Mendengarkan itu, senyuman Jongho bertambah lebar. Dia tidak menjawab dan terus menarik tangan Yunho ke tempat makan mereka dengan teruja.

Sebaik sahaja tiba disitu, Yunho dapat melihat dua potong kek dan satu bekas makanan yang disertakan dengan dua mangkuk kecil.

"...Kek?" soal Yunho kebingungan. Sarapan dengan kek? Pelik.

Jongho menggamit Yunho untuk duduk di sebelahnya. Setelah itu, dia mengisi dua mangkuk itu dengan sup rumpai laut. Salah satu mangkuk di hulurkan pada Yunho.

Melihatkan itu, Yunho tersedar sesuatu. Dia menoleh ke arah Jongho dengan mata yang membesar.

"Hari ni hari ulang tahun awak ke?!"

Jongho tersenyum lebar sebelum membalas "Tak. Kelmarin hari ulang tahun aku,"

"Kelmarin?! Kenapa tak bagitahu?" soal Yunho sedikit terkejut dan rasa sedih kerana tidak menyambut hari ulang tahun kawan pertamanya itu.

Jongho mengangkat bahu. "Aku pun tak ingat kelmarin ulang tahun aku. Malam semalam waktu aku baru balik, rumah tiber macam gelap. Aku dah sedia nak ayun penumbuk kalau ada orang pecah masuk. Tengok-tengok, adik aku buat kejutan. Dia beli kek tu untuk aku guna duit upah dia tolong jiran cuci kereta. Terharu gila aku waktu tu. Pastu pagi tadi mak aku masakkan sup tu sebab semalam dia balik kerja lewat, jadi tak sempat nak sambut bersama. Pastu mak aku masak lebih, tu yang aku bawak untuk kau makan sekali," ceritanya panjang lebar dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir.

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now