CH 4

138 5 0
                                    

Yunho terbaring kepenatan di atas katilnya. Beberapa keluhan terlepas keluar dari bibir. Telefon Samsaeng hitam miliknya dikeluarkan dari poket. Nombor yang baru saja didapati dari guru kelasnya tadi dipandang lama. Nombor itu milik Mingi.

'Patutkah aku mesej dia?' soalnya dalam hati. 'Tapi kalau tak nanti tak siaplah tugasan ni..,'

Yunho mengeluh lagi. Dia menyembamkan muka ke bantal, menunjukkan betapa runsing fikirannya sekarang.

'Argh! Mesej je lah!'

Yunho menyimpan nombor itu dalam senarai kenalan sebelum memesej lelaki itu.

Big Bully

You:
Uhm.. Ni Yunho..
Cikgu ada bagi tugasan hari ni..
Kita.. Partners..

Yunho menunggu mesejnya dibalas. Tak lama kemudian, Mingi telahpun membaca teks yang dihantarnya. Seketika kemudian, Mingi membalas

Big Bully:
/location shared/
Datang sini pagi esok
Pukul 9.00 pagi

Jantung Yunho lantas berdegup laju apabila melihat mesejnya dibalas. Dia tidak menyangka Mingi akan mengajaknya keluar.

You:
Okey..

...

Hari ini adalah hari Sabtu. Cuti hujung minggu. Jarum jam menunjukkan tepat jam 8 pagi. Yunho selesai membersihkan diri beberapa minit yang lalu dan sedang memilih pakaian untuk dia pergi berjumpa Mingi.

Dia memilih untuk memakai hoodie berwarna kelabu yang dipadankan dengan seluar panjang hitam. Yunho mengambil beg sandang hitamnya lalu memasukkan beberapa bahan untuk tugasannya ke dalam beg itu. Yunho siap untuk keluar.

Dia menaiki bas awam dan berhenti di perhentian bas yang terdekat dengan lokasi yang telah dihantar oleh Mingi itu. Dia turun dari bas dan berjalan ke lokasi tersebut.

Setelah beberapa minit perjalanan, Yunho tiba di hadapan sebuah syarikat yang agak besar. Jelas tertulis 'Song Enterprise' di dinding bangunan itu. Yunho membetulkan kedudukan tali begnya sebelum berjalan masuk dengan perasaan gugup.

Sebaik sahaja masuk, matanya disapa pemandangan lobi syarikat itu yang kelihatan mewah dan elegan. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke kaunter.

"Good morning, mister. What can i help you with?" tanya receptionist itu dengan ramah.

"Saya.. nak jumpa Mingi," balas Yunho sambil melihat ke sekelilingnya.

"Mingi? Song Mingi?" soal perempuan itu lagi dan dibalas dengan anggukan daripada Yunho.

Perempuan itu menekan butang menerusi telefon pejabat dan tidak lama kemudian, suara Mingi terdengar dihujung talian.

"Mr. Song is speaking,"

"Your guest has arrived, sir,"

"Tell him to wait in the cafeteria, I'll get down in thirty minutes, after the meeting,"

"Very well, sir,"

Talian diputuskan. Perempuan itu kembali melihat ke arah Yunho.

"Dia cakap awak boleh tunggu dekat kafe. Dia ada mesyuarat, dalam 30 minit dia akan ada di sana,"

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now